View: 1692|Reply: 9
|
Presiden Filipina Mengaku Pernah Bunuh Orang Dengan Tangan Sendiri
[Copy link]
|
|
Mengejutkan apabila Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengakui pernah membunuh individu disyaki penjenayah dengan tangan sendiri ketika menjadi Datuk Bandar di sebuah bandar di selatan Filipina untuk dijadikan contoh kepada polis.
Sumber foto: AFP
Menurut AFP, Duterte berkata sedemikian dalam satu ucapan lewat malam Isnin lalu kepada ahli perniagaan ketika membincangkan kempen membasmi dadah, yang menyaksikan polis dan penyerang tidak dikenali membunuh ribuan suspek sejak dia menjadi presiden pada 30 Jun lalu.
"Saya biasa membunuh dengan tangan sendiri di Davao untuk menunjukkan kepada pihak polis jika saya boleh lakukannya mengapa tidak mereka.
"Saya akan meronda di sekitar Davao dengan motosikal berkuasa besar. Saya juga meronda dengan tujuan mencari masalah kerana saya mahukan konfrontasi supaya saya boleh membunuh," katanya.
Menjawab kritikan kumpulan hak asasi manusia dan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengenai taktik anti-jenayah kejam beliau, ini jawapannya.
"Maaf, saya tak akan menghentikan kempen itu dan akan meneruskan tindakan keras berkenaan," katanya.
Terdahulu, kumpulan hak asasi manusia menuduh Duterte mengarahkan skuad pembunuh tidak dikenali di Davao yang mengorbankan lebih daripada 1,000 orang disyaki penjenayah.
Duterte bagaimanapun menafikan pembabitannya dengan skuad pembunuh itu. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
altantuya, kevin morais, scorpene, 1MDB etc etc |
|
|
|
|
|
|
|
Katanya heols dh kamceng dgn Trump.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo bunuh penjenayah....wa pejam mata jer... |
|
|
|
|
|
|
|
ermmmm....nasib baik kat sana... |
|
|
|
|
|
|
|
lebey kureng jek kat sini...
tp sini rmi kamben itam...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ronapink at 15-12-2016 09:13 AM
perangi penjahat dengantangan sendiri, baru orang panggil berani |
|
|
|
|
|
|
|
takut y x jahat pn dibunuhnya.. main serkap jarang je x blh jgk |
|
|
|
|
|
|
| |
|