Anda mahu dikelilingi dengan pelbagai jenis bunga yang cantik dan menarik selain menenangkan fikiran semasa bercuti? Jika begitu, berkunjunglah ke Thailand!
Selain panorama pantai yang mempesonakan, Thailand juga menyajikan pemandangan lain yang tak kalah cantiknya iaitu taman bunga terbesar di Thailand yang terletak di wilayah Khao Yai di timur laut wilayah Nakhon Ratchasima. Taman bunga itu diberi nama The Bloom.
Sumber foto: http://www.booking.com
Taman seluas 100 hektar itu dipenuhi dengan lebih 30 jenis bunga termasuk bunga matahari, mawar, lavender dan banyak lagi!
Pasti tak tahu nak pilih sudut mana untuk berswafoto kerana setiap sudut mempunyai tarikan tersendiri dengan pelbagai warna menarik.
Bukan sahaja mata jadi segar dengan pemandangan indah dikelilingi bunga dari pelbagai warna, malah hidung juga terbuai dek wangian bunga yang dibawa udara dingin.
Taman bunga yang dikelilingi perbukitan itu dibuka setiap hari mulai dari jam 8 pagi hingga 6 petang waktu tempatan pada hari bekerja dan jam 8 pagi hingga 8 malam pada hujung minggu.
Harga tiket masuk murah sahaja! Hanya 100 Baht (RM12.50) untuk dewasa dan 50 Baht (RM6.20) bagi kanak-kanak.
Selain berswafoto di taman bunga, pengunjung juga akan dibawa mengelilingi sekitar kawasan The Bloom dengan menaiki trem.
Bukan itu sahaja, malah lebih menarik perhatian adalah pengunjung boleh memberi makan kambing yang terdapat di situ dengan hanya membeli seikat rumput berharga 20 Baht (RM2.50). Murah, bukan?
Sumber foto: KOMPAS.COM
Selepas puas berswafoto dan memberi makan kambing, pilihlah foto terbaik untuk dikongsi bersama insan tersayang di laman sosial. Semoga bergembira bersama insan tersayang! - CARI
I dah pegi sini last month. Tp mcm indah khabar dr rupa. hehe. Masa i pegi, bunga banyak kering sbb panas sgt. cosmos field pun x byk. bagi mkn sheep, byr 20 baht. i suggest kalau sape2 dtg, bg laa makan kt sheep ni sbb mcm kelaparan sgt. uhu. tp ok je nak masuk. byk port cntik nak bergambar.
i suggest pegi Flora Park, dlm 2 jam pjalanan dr sini