Berat dan saiz badan bukan penghalang untuk seseorang melakukan sesuatu yang jarang-jarang dapat dilakukan golongan bertubuh gempal.
Begitu juga dengan pelakon Sherry Alhadad yang tidak menganggap saiz badannya sebagai penghalang untuk dia melakukan aktiviti sukan lasak.
Sumber foto: IG Sherry Alhadad
Menurut Astro Gempak, Sherry yang dipilih menjadi hos program Extreme Roadtrip mengaku dia sangat terharu apabila diberi kepercayaan mengendalikan program berkenaan kerana dia sedar bukan mudah bagi wanita berbadan besar melakukan sukan lasak.
“Saya sahut cabaran itu. Kalau tak cuba kita tak tahu. Memanglah ada beberapa aktiviti perlu mengikut had berat yang ditetapkan namun itu tak patahkan semangat saya.
“Saiz badan bukan suatu alasan untuk tidak melakukan aktiviti sukan lasak dan saya rasa itu kemahuan masing-masing, hanya berani dengan tidak saja," katanya kepada Astro Gempak.
Sumber foto: Astro Gempak
Sherry tidak keseorangan menghadapi rintangan dalam melakukan aktiviti lasak kerana ada pelakon, Elfira Loy dan Ardell Aryana yang menyokong dan memberikan semangat kepadanya.
"Aktiviti seperti ini benar-benar menguji ketahanan diri saya, pernah juga ada satu tahap saya rasa macam nak putus asa.
“Tapi dengan bantuan dan semangat yang diberikan Elfira dan Ardell, saya boleh lakukan. Saya sendiri pun tak sangka boleh buat dan kagum dengan diri sendiri," katanya.
Bagaimana, adakah anda tercabar dengan kegigihan Sherry? - CARI |