Sebelum ini ramai artis Hollywood yang menyatakan pendirian kurang senang hati dengan Donald Trump yang dilantik menjadi Presiden Amerika Syarikat berikutan kenyataan Trump yang berbaur perkauman dan angkuh ketika kempen pemilihan presiden.
Terbaru penghibur dan penyanyi antarabangsa yang cukup terkenal dengan lagu My Heart Will Go On, Celine Dion dilaporkan telah menolak tawaran untuk mengadakan persembahan di acara pelantikan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat, 20 Januari ini.
Penolakan tawaran tersebut dikatakan turut pernah dilakukan bintang klasik, Garth Brooks dan David Foster sebelum ini.
Portal hiburan US Weekly melaporkan, Trump menemui kegagalan apabila melalui sahabat baiknya, Steve Wynn yang juga seorang pengusaha hotel untuk menghubungi Dion.
Sumber terdekat dengan Dion pula memberitahu, jika Dion sudi menghiburkan tetamu di majlis itu sekalipun, ia sukar dilaksanakan memandangkan jadual penyanyi itu yang padat.
Penolakan itu menjadikan Celine Dion menyertai senarai panjang penghibur yang menolak jemputan Trump ke majlis tersebut.
Beberapa minggu lalu, penasihat politik Trump, Kellyanne Conway, telah membuat satu permintaan khas di sebuah saluran televisyen, memujuk bintang pop Justin Timberlake dan Bruno Mars agar menghubunginya untuk diberikan jemputan ke majlis berkenaan.- CARI
Donald Trump ni memang seorang yang mengamalkan kuku besi. Sapa yang tidak disukainya akan dipecat tanpa belas kasihan. Dia ingat negara AS ni episod The Apprentice ke apa