Edited by Borak_Ola at 11-1-2017 07:45 PM
Selepas ketinggalan CM Adenan Satem, siapa yang paling layak menggantikan Ketua Menteri Sarawak?Kembali balik ke masa lau, dalam temuduga Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasanpernah mengakui bahawa Timbalan Presiden parti itu, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg adalah calon paling layak untuk menggantikan Tan Sri Adenan Satem sebagai Ketua Menteri Sarawak.​
Menjawab soalan wartawan selepas majlis Malam Sekalung Budi Seikhlas Penghargaan di sebuah hotel terkemuka malam itu, beliau berkata, perkara tersebut bagaimanapun tertakluk kepada pilihan Adenan sendiri bagi menamakan penggantinya. Berdasarkan perkembangan sekarang, PBB mempunyai 46 ADUN, 15 Ahli Parlimen, 2 Ahli Dewan Negara. Parti itu juga mempunyai 14 Setiausaha Politik Negeri dan 5 Setiausaha Politik Persekutuan.
​Menjawab soalan berhubung pelantikannya sebagai anggota Kabinet Sarawak, Awang Tengah yang menang tanpa bertanding di DUN Bukit Sari pada pilihan raya negeri yang lalu berkata, beliau pada mulanya mahu memberikan perhatian kepada satu kementerian sahaja.
“Tetapi Ketua Menteri masih mengekalkan saya untuk mengetuai dua kementerian dan saya berjanji akan melakukan yang terbaik berdasarkan kemampuan saya,” katanya semalam.
Dalam pengumuman senarai kabinetnya pada 13 Mei lalu, Awang Tengahtelah dinamakan sebagai Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II dan Menteri Perindustrian, Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Pelaburan.
Kabinet Negeri kali ini katanya, lebih fokus dengan portfolio untuk menteri-menteri muda lebih khusus.
|