Selebriti terkenal, Andy Lau, yang berusia 55 tahun sudah lama menjadi duta untuk pelbagai produk keluaran Thailand sejak tahun 2000 lagi.
Baru-baru ini dia telah pergi ke negara tersebut untuk menjalani sebuah penggambaran iklan baharu yang bertempat di sebuah perkampungan di sana.
Foto: Hollywoodreporter.com
Namun malangnya, pelakon hebat ini ditimpa kecelakaan dan terjatuh ketika babaknya sedang menunggang kuda disebabkan haiwan tersebut dikatakan mengamuk secara tiba-tiba.
Menurut laporan dari Apple Daily, Andy terus terjatuh dan apabila terhumban ke tanah, kuda tersebut telah memijak badan belakangnya. Tulang belakangnya retak dan Andy terus dikejarkan ke hospital Bangkok untuk mendapatkan rawatan kecemasan.
Dia kemudiannya dihantar pulang ke Hong Kong dengan menggunakan sebuah pesawat khas untuk menjalani rawatan lanjut.
Foto: IG Andy Lau Fans
Menurut penerbit, kampung yang menjadi lokasi penggambaran itu terletak kira-kira 3 jam perjalanan dari Bangkok. Dia juga menyatakan kuda tersebut secara tiba-tiba sahaja hilang kawalan dan menyebabkan Andy tercampak jatuh ke tanah.
Difahamkan kecederaan tulang belakang yang dialaminya agak serius dan kini bercuti dari bekerja selama dua bulan untuk fokus berehat sehingga sembuh. -CARI |