Edited by Borak_Ola at 25-1-2017 10:04 PM
Agensi Risikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) mendakwa pentadbiran Tun Mahathir Mohamad terlibat dalam skandal Bumiputera Malaysia Finance Limited (BMF) yang melibatkan wang berbilion ringgit era 1980-an.
Dokumen rasmi yang didedahkan badan risikan Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini mengenai skandal perbankan besar menggegarkan negara pada 1980-an menunjukkan ada pembabitan Tun Dr. Mahathir Mohamad, menurut laporan portal berita.
The Asian Correspondent berkata dokumen itu, antara 13 kertas siasatan yang dikeluarkan minggu lalu oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA), juga mempertikaikan respons pentadbiran Mahathir dalam mengendalikan kerugian kira-kira AS$1 bilion itu. Menurutnya, kerajaan Malaysia tidak boleh kata tidak tahu mengenai skandal itu kerana ia membabitkan Bank Bumiputera, bank dimiliki kerajaan yang berkait rapat dengan UMNO pada masa itu dan dipantau rapat oleh Kementerian Kewangan. “Keterangan bukti menunjukkan skandal itu terkait dengan pentadbiran Mahathir. Sebagai bank milik kerajaan, Bank Bumiputera dipantau secara dekat oleh Kementerian Kewangan dan bank pusat dan tidak ada keputusan penting dibuat tanpa persetujuan atau pengetahuan mereka,” kata laporan itu, setebal sembilan muka surat, bertajuk “The Bank Bumiputera Scandal: More Trouble Ahead for Malaysia’s Mahathir?”
“Tidak mungkin kerajaan tidak sedar peningkatan had pemberian pinjaman Bank Bumiputera kepada cawangan-cawangannya di luar negara bagi membolehkan lebih banyak dana disalurkan ke Hong Kong,” kata laporan CIA. “Ada laporan lain melangkaui CIA yang menyatakan saya tidak terlibat. Akhbar luar negara menyerang saya kerana saya tidak berhenti mengkritik mereka bila mereka buat salah, jadi mereka memburukkan saya,” katanya, menambah beliau dituduh melakukan sesuatu yang tidak dilakukannya.
Ketika ditanya adakah beliau mencadangkan segala dilaporkan CIA tidak benar, Dr Mahathir berkata: “Perkara ini berlaku terlalu lama pada 1981 hingga 1984, kenapa bangkitkan semula sekarang? Bolehkah anda betulkan apa-apa yang saya buat dulu.”
“Tujuannya ialah politik, mungkin ada orang yang akan terima manfaat daripada ini. Ada laporan lain yang berbeza dengan laporan CIA. Baca laporan itu juga,” katanya.Katanya, kini dokumen CIA sudah dikeluarkan secara umum, semua orang boleh membuat kesimpulan sendiri. kata Dr Mahathir.
|