Edited by eltyna at 27-1-2017 09:33 AM
Kebiasaannya pada zaman kini, pasangan pengantin akan memilih masjid sebagai tempat untuk akad nikah berbanding di rumah. Entry pada hari ini saya ingin berkongsikan beberapa garis panduan untuk melakukan akad nikah di dalam masjid.
- Untuk para wanita, anda haruslah menutup aurat dengan sempurna apabila berada di dalam masjid. Bagi mereka yang uzur dinasihatkan agar tidak duduk di kawasan tempat solat.
- Perlu menjaga batas pergaulan antara lelaki dengan perempuan.
- Tidak bergambar atau berposing yang berlebih-lebihan di dalam masjid. Berposing la sepuasnya di kawasan luar masjid
Sebelum pengantin lelaki menuju ke tempat akad nikah, pastikan anda membawa kad pengenalan dan juga mas kahwin sekiranya tok kadi ingat melihatnya. Sesudah sampai di masjid, berwuduk la dan melakukan solat sunat tahyatul masjid dan memohan kepada-Nya agar segalanya dipermudahkan. Anda juga dinasihatkan agar datang awal ke masjid supaya anda tidak berasa terlalu neves. Berilah saguhati kepada tok kadi dan juga saksi sebagai tanda terima kasih.
Proses akad nikah akan dimulakan dengan membaca khutbah nikah oleh tok kadi. Pasangan pengantin perlu menghayati betul-betul khutbah yang dibacakan oleh tok kadi. Selepas itu barulah upacara akad nikah dimulakan. Sesudahnya selamat akad nikah, bacaan doa akan dialunkan dan bacaan lafaz taklik daripada suami. Pasangan harus dengar dan menghayati lafaz tersebut. Kadang-kadang ada tempat yang menggunakan tulisan jawi untuk lafaz taklik. So, pengantin lelaki haruslah bersiap sedia ea.
Sesudahnya upacara akad nikah, buatlah sujud syukur bersama dengan pasangan sebagai tanda kesyukuran kepada-Nya majlis dapat dijalankan dengan baik. Kemudian, acara sarung cincin akan dilakukan. Suami akan menyarungkan cincin di jari manis isteri dan memegang ubun-ubun isteri sambil membaca doa.
Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com
|