|
"Saya tahu bukan mudah menembus pasaran Indonesia, tetapi tidak salah mencuba."
Demikianlah kata-kata Ayda Jebat yang akhirnya akan melancarkan juga single popularnya, Pencuri Hati versi dangdut di Indonesia, awal Februari ini selepas beberapa kali tertangguh.
Foto: BH Online
Menurut Ayda, perancangan terakhir sedang dibuat bagi melancarkan penerbangan Ayda ke Jakarta tidak lama lagi.
"Sepatutnya saya berangkat ke Jakarta bulan lalu, tetapi hajat itu tidak kesampaian kerana ada beberapa komitmen yang perlu dipenuhi," katanya kepada BH Online.
Dalam masa sama, selain mempromosikan single terbaharunya itu Ayda juga mahu melebarkan sayapnya di pasaran muzik Indonesia.
"Syukur saya mendapat maklum balas yang baik daripada peminat di Indonesia, saya harap berpeluang bertemu mereka," katanya.
Foto: IG Ayda Jebat
Sehubungan itu, Ayda turut merancang menerbitkan single duet bersama seorang penyanyi Indonesia.
"Ini antara projek yang dirancang tahun ini. Jika semuanya lancar saya akan maklumkan," jelasnya.
Wah, ada juga warga Indonesia yang mengenali dan meminati Ayda Jebat ya. Semoga terus sukses dalam apa jua bidang diceburi. - CARI
|
|