Siput mentarang mungkin kedengaran agak janggal bagi sesetengah orang namun jangan pandang rendah dengan rasa dan kenikmatannya yang setanding dengan makanan laut yang lain.
Biasanya siput mentarang atau nama saintifiknya Pholas Orientalis ini boleh dijumpai di pantai berselut di Perlis atau Pantai Sabak, Selangor.
Menariknya, makanan ini boleh disediakan dengan pelbagai jenis cara. Jom tengok antara resepi mentarang yang menjadi pilihan.
Mentarang Bakar
Foto: knizam.com
Cara-cara:
1) Basuh mentarang bersih-bersih dan bakar.
2) Cicah dengan pelbagai sos mengikut citarasa anda
Mentarang Kukus
Foto: www.enyabdullah.com
Bahan-bahan
Mentarang (dibersihkan)
3 batang serai (ditumbuk)
Perahan lemon/jus limau nipis Daun sup (dipotong kasar)
Sedikit sos ikan Sedikit halia
Cara-cara :
1) Campurkan semua sekali dan curahkan ke dalam mentarang.
2) Kukus sehingga mentarang masak selama 30-45minit.
Mentarang Sos Tiram Bercili
Foto: Facebook
Bahan-bahan
1-2 kg mentarang
5 sudu besar sos tiram
2 sudu besar serbuk cili
4 ulas bawang putih, dicincang
3 ulas bawang besar dicincang
3 batang serai dihiris nipis atau diketuk
1 pokok daun sup, dipotong
1 biji telur, dipukul
Cara-cara:
1) Gaul sebati sos tiram dan serbuk cili.
2) Tumis bawang putih, bawang besar dan serai sehingga wangi.
3) Masukkan sos tiram yang telah digaul sebati dengan sos cili.
4) Masukkan mentarang, Kacau seketika sehingga rata dan tutup kuali. B
5) Buka penutup dan kacau rata, tuangkan telur yang dipukul dan terus kacau agar kuah sedikit pekat.
6) Tabur daun sup dan sedia dihidangkan.
Mentarang Tumis Pedas
Foto: www.kongsiresepi.com
Bahan-Bahan
1kg mentarang
3 biji cili hidup*
1 biji bawang besar*
2 biji bawang putih*
6 biji cili padi*
1/2 inci halia*
1 batang serai-titik
1 helai daun kunyit-disiat-siat
2 keping asam keping
sedikit minyak dan garam
1-2 cawan air
Cara-cara:
1) Basuh mentarang
2) Tumbuk semua bahan bertanda *
3) Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah di tumbuk termasuk serai dan tumis hingga naik bau.
4) Masukkan mentarang dan air. Perasakan dengan garam dan daun kunyit.
5) Tunggu sehingga mendidih dan kuahnya sedikit kering.
|