Nasib tidak menyebelahi Shah Rukh Khan dan seluruh warga kerja filem Raees apabila mereka gagal menayangkannya di Pakistan.
Kerajaan Pakistan memboikot filem tersebut kerana menganggap karakter yang ditonjolkan dalamnya tidak menggambarkan ciri-ciri seorang Muslim.
Bahkan, Raees juga menghina umat Islam melalui karakter utamanya yang menjadi seorang gangster.
Foto: www.theguardian.com
Menurut laporan Bollywoodlife, aktres filem tersebut, Mahira Khan yang juga berasal dari Pakistan turut ikut kesal dan kecewa.
Shah Rukh Khan masih belum memberikan komen tentang permasalahan ini namun ternyata sutradara Rahul Dholakia mengaku dia sangat sedih dengan nasib filem bikinannya itu.
Foto: www.bollymoviereviewz.com
Perkara ini menjadi masalah besar kerana negara jiran India itu adalah penyumbang terbesar keuntungan.
Dengan pemboikotan ini, sudah pasti harapan Raees untuk mendapat keuntungan berganda musnah sekelip mata. -CARI |