Foto: ndiatoday.intoday.in
Nama Kangana Ranaut memang meletup-letup diperkatakan di dalam industri filem Bollywood, lebih-lebih lagi bila dirinya dikaitkan mempunyai hubungan dengan aktor kacak, Hrithik Roshan.
Berbeza dengan selebriti lain, Kangana nampaknya lebih terbuka dalam berbicara tentang kehidupan peribadinya.
Melalui sebuah temu ramah oleh India Today, aktres filem Rangoon ini mengakui dia adalah seorang yang sangat senang 'move on' bila putus hubungan dengan kekasih.
Foto: IG Kangana Ranaut
"Saya memang betul-betul serius jika berada dalam sesuatu perhubungan, namun jika ia sudah berakhir saya tidak akan menoleh ke belakang lagi."
Lagi lucu bila Kangana mengatakan kesemua bekas kekasihnya ingin bersamanya semula selepas berpisah namun Kangana langsung tidak mengambil endah lagi.
"Ada seorang bekas kekasih, kami sudah bersama selama 8 tahun dan akhirnya berpisah, saya hanya ambil masa seminggu untuk melupakannya."
Seperti orang lain, Kangana juga mempunyai impian untuk berkahwin, namun mengakui masih belum menjumpai yang sesuai.
Kalau begitu, sama-samalah kita nantikan berita gembira dari pelakon hebat ini. -CARI |