Wanita Vietnam yang ditahan pihak polis akibat disyaki terlibat dalam pembunuhan Kim Jong-nam, baru-baru ini dibongkarkan pernah menyertai rancangan televisyen berbentuk pertandingan nyanyian di negara asalnya itu.
Menurut AsiaOne, wanita tersebut pernah menyertai rancangan televisyen 'Vietnam Idol' pada bulan Jun 2016, tetapi ketika itu dilaporkan dia bukan menggunakan nama asalnya Doan Thi Huong, sebaliknya dia menyamar sebagai "Dinh Thi Khuyen" untuk penyertaan.
Sedutan visual dia ketika pertandingan itu tersebar di laman media sosial dan paparan video jelas menunjukkan wanita tersebut yang bernama "Dinh Thi Khuyen" berpakaian agak seksi serta merupakan calon yang bernombor penyertaan '67816'.
Ketika sesi ujibakat, didapati dia hanya sempat menyanyi kira-kira lebih 10 saat, lalu terus disuruh berhenti oleh juri.
Bagaimana pun, pihak penganjur enggan memberi sebarang komen berhubung perkara itu.- CARI
Boleh tahan merdu okeyh suara dia. Tapi, juri Vietnam tak lepaskan dia untuk next stage. Kalau tak, takda dia dekat Malaysia hari ni. Mahu dah jadi superstar dekat Vietnam sana.