Sering kita baca di media sosial, terdapat segelintir rakyat Malaysia yang gemar memburuk-burukkan keupayaan jenama kereta nasional negara, Proton.
Namun percayakah anda Proton begitu disanjung tinggi oleh rakyat Turki khususnya golongan pemuda di negara itu?
Baru-baru ini, seorang pelajar Malaysia di Turki, Muhamad Nur Thaqib Shaker rasa begitu terkejut apabila mendapati terdapat sebuah ‘Kelab Proton Turki’ yang menghimpunkan pengguna dan pencinta kenderaan Proton dari kalangan warga Turki.
Tulisan luahan Muhamad Nur Thaqib Shaker disiarkan dalam akhbar Sinar Harian hari ini.
Tanpa melepaskan peluang, penulis bertanyakan kepada pemuda berkenaan tentang mengapa kereta Proton jadi pilihan mereka.
Rata-rata mereka menyatakan sokongan padu kepada kenderaan keluaran Malaysia sebagai sebuah negara Islam, di samping harga Proton yang begitu murah.
Bagaimana pun, mereka turut berdepan dengan kesukaran untuk menemui pakar kereta Proton dan juga kesulitan untuk mendapatkan alat ganti kenderaan berjenama itu.
Sekiranya anda berjalan-jalan di beberapa bandar di Turki khususnya di Istanbul, Ankara, Antalya, Bursa, Konya dan Izmir, terkadang itu anda boleh lihat beberapa kereta Proton yang masih menyelusuri jalan raya di sana tetapi dengan jenama lama seperti Proton Wira, Saga dan juga turut terdapat kereta Proton Waja yang dijadikan sebagai teksi di Istanbul. - CARI
surat khabar omputih hari kata syarikat PROTON Malaysia bakal bernaung di bawah syarikat Perancis PSA Peugeot Citroen dalam masa terdekat
agaknya puak perancis cuba nak buat hibrid singa perancis diaorang dengan harimau malaya
Puak perancis dah jumpa Perdana Menteri British dan Presiden Jerman untuk realisasikan hasrat diaorang untuk buat chimera hibrid, singa perancis + harimau malaya + griffin british + halilintar petir jerman ... tak lama lagi siap la projek spesis chimera baru ni
PSA Peugeot Citroën : cara puak perancis uji kefahaman ilmu kejuruteraan automotif diaorang
design putra, satria & wira mmg tak lapuk dek zaman.
still relevan sampai sekarang.
proton tiara, juara & arena jer yg failed.
iswara, waja & saga model lama, outdated design nya.