View: 1003|Reply: 5
|
Kajian Terbaru, Wanita Korea Boleh Hidup Lebih 90 Tahun
[Copy link]
|
|
Manusia bukan sahaja akan hidup lebih lama pada tahun 2030, malah jurang usia antara lelaki dan wanita juga akan semakin mengecil di kebanyakan negara.
Demikian ramalan yang berdasarkan analisis jangka hayat di 35 negara perindustrian yang dijalankan Imperial College London dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) baru-baru ini.
Memetik Newsweek di Eropah, kajian menunjukkan wanita yang dilahirkan pada tahun 2030 akan menjadi golongan pertama di dunia yang mempunyai purata jangka hayat melebihi 90 tahun.
Penyelidik, Prof Majid Ezzati berkata, dari segi pencen dan penjagaan untuk orang tua, ianya merupakan satu cabaran besar hasil penemuan itu.
"Rakyat Korea Selatan sedang menuju ke arah itu. Setakat ini, mereka mengendalikan penyakit tekanan darah tinggi dengan sangat baik dan mempunyai kadar obesiti paling rendah di dunia," jelasnya.
Sementara itu, data yang ditunjukkan itu turut meramalkan, Jepun yang selama ini dikaitkan dengan umur panjang akan jatuh dalam kedudukan global dan dirampas Seoul serta Perancis.- CARI
sumber foto: http://humanities.byu.edu/ |
|
|
|
|
|
|
|
Kuih kalau x manis tak laku kat Malaysia, kalau kena kencing manis, hospital kerajaan kan ada, pedulik la hidup panjang umur kalau tak sembahyang kata lebai dalam hati sambil baca tangan seluk dalam suar |
|
|
|
|
|
|
|
makan kimchi hari2 probiotic baguiiii
iolss peminat setia kimchi |
|
|
|
|
|
|
|
Idop lama2 kaya dan kaya best laa. |
|
|
|
|
|
|
|
insyaLlah ..wow...how about males? if tak kena racun la? |
|
|
|
|
|
|
|
mana nak obesitinya
tengoklah diet dorang tu
makan kimchi
makan kubis
adui..
tak sanggup aku |
|
|
|
|
|
|
| |
|