Semua sedia maklum bahawa penglibatan dan pergaulan golongan wanita di Arab Saudi adalah sangat terbatas.
Disebabkan itu, sebuah iklan komersial yang dikeluarkan oleh jenama sukan terkenal, Nike baru-baru ini telah mencetuskan kontroversi di kalangan banyak pihak.
Video bermula dengan seorang wanita Arab yang membetulkan tudung sebelum berlari di jalan raya dan disebabkan itu dia menjadi perhatian orang ramai yang memandang perlakuan itu sebagai sesuatu yang pelik.
Ini kerana golongan wanita di sana bukan sahaja dilarang untuk memandu kenderaan sendiri, malah dilarang melakukan aktiviti-aktiviti luar yang boleh membuka ruang kepada kemaksiatan.
Namun, ada juga yang mengutuk dan mengecam iklan tersebut kerana ia sangat bertentangan dengan undang-undang dan budaya di negara Arab.
Antara komen, "Saya rasa iklan ini gagal sepenuhnya. Ia bukan wakil sebenar wanita Arab, Islam. Kami tidak memakai hijab dan berlari di jalan raya. Nike memalukan."
Berikut antara komen lain:
Selepas melihat video di atas, apa pula pendapat anda? Adakah iklan seperti ini benar-benar melampaui batasan yang sepatutnya? -CARI |