Daun pandan bukan sahaja menambah keharuman dalam masakan, malah selera juga menjadi bertambah-tambah. Namun, ramai tak tahu bagaimana nak memanfaatkan kegunaan daun pandan, walaupun ramai tahu daun pandan juga sangat berguna untuk kesihatan mahupun kecantikan.
Foto: Budiboga
Jika anda tak tahu dan mahu tahu bagaimana daun pandan digunakan untuk merawat wajah, teruskan membaca!
Kalau kulit wajah anda ada masalah jerawat ataupun jeragat, secara tak langsung kulit akan menjadi kusam kerana sel kulit mati dan tidak dapat diperbaharui. Daripada menggunakan produk kecantikan yang sudah bercampur bahan kimia, apa kata kali ini anda cuba rawat wajah dengan bahan semula jadi pula.
Foto: The Gazette Review
1. Mengatasai jerawat
Bahan:
1/2 sudu teh air perahan daun pandan
1/2 sudu teh madu asli
1 biji pisang
1/4 sudu teh minyak zaitun
1/2 biji limau nipis
Cara membuatnya:
1. Campurkan semua bahan sehingga sebati dan biarkan selama kurang lebih 5 minit.
2. Masukan minyak zaitun ke dalam campuran.
Cara menggunakannya:
Sapukan masker ini pada wajah dan leher. Gunakan masker ini 2 kali seminggu.
Foto: http://bibitbunga.com
2. Mengatasi kulit berminyak dan bintik hitam
Bahan:
1/2 sudu teh air perahan daun pandan
1/2 sudu teh madu asli
1/2 biji limau nipis
Cara membuatnya:
Campurkan semua bahan sehingga sebati.
Cara menggunakannya:
Sapukan masker pada kawasan yang banyak bintik hitam seperti hidung dan dagu. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air sejuk.
Tak susahpun nak buat masker daun pandan ini, cuma perlu rajin sedikit saja. Kalau rasa leceh nak beli dan simpan daun pandan, bolehlah anda tanam saja di depan rumah. Boleh digunakan pada bila-bila masa. Selamat mencuba! - CARI |