View: 3309|Reply: 35
|
Galak Rakyat Tambah Anak Kedua, China Mahu Beri Insentif
[Copy link]
|
|
Bagi menggalakkan rakyat memiliki anak kedua, kerajaan China sedang mempertimbangkan untuk memberi insentif wang tunai.
Ini kerana berdasarkan tinjauan mendapati kebanyakan keluarga memilih melahirkan seorang anak kerana masalah kewangan.
Memetik laporan akhbar China Daily, langkah itu diumumkan Timbalan Menteri di Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan dan Perancangan Keluarga, Wang Peian sabtu lalu.
Setahun selepas China mengeluarkan undang-undang baru membenarkan keluarga memiliki dua anak, kadar kelahiran pada tahun 2016 mencipta rekod dengan 17.87 juta bayi dilahirkan berbanding 1.3 juta tahun sebelumnya.
Ia merupakan kadar kelahiran tertinggi dalam masa 15 tahun.
Menurut laporan Bloomberg, dasar itu juga membolehkan 17 juta tambahan kelahiran menjelang 2020, dan menambah 30 juta pekerja pada 2050.
Bagaimanapun, dalam tinjauan yang dibuat pada 2015, semakin jelas 60 peratus ibu bapa di China tidak mahu melahirkan anak kedua kerana masalah kewangan.- CARI
sumber foto: China Daily |
|
|
|
|
|
|
|
dcruins replied at 1-3-2017 01:52 PM
hari tu ada aku tonton documentary dari station TV Japan NHK versi bahasa inggeris, dia cover tentan ...
Yang bagus tentang pemerintahan komunis ialah kerajaan depa buat apa-apa tanpa sebarang bantahan daripada pihak pembangkang.
Cuba negara demokrasi buat, mesti kedengaran isu-isu hak asasi rakyat dimainkan.
Tapi pemerintahan komunisme mungkin bagus juga untuk sesebuah negara besar seperti China. Disebabkan sistem tersebut, China mampu membangun dengan pesat. |
|
|
|
|
|
|
|
wah banyak duit sampai bagi duit. Kiranya nanti rakyat prc dpt brim lah ni. Huhu |
|
|
|
|
|
|
|
dcruins replied at 1-3-2017 05:52 AM
hari tu ada aku tonton documentary dari station TV Japan NHK versi bahasa inggeris, dia cover tentan ...
aku x paham. rakyat dh 1.3billion kenapa nk tambah lagi? |
|
|
|
|
|
|
|
munahjolie replied at 1-3-2017 02:08 PM
wah banyak duit sampai bagi duit. Kiranya nanti rakyat prc dpt brim lah ni. Huhu
Ada beberapa buah negara lain buat macam tu seperti Singapura. |
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 1-3-2017 02:09 PM
aku x paham. rakyat dh 1.3billion kenapa nk tambah lagi?
Negara China sedang menuju ke arah negara tua dalam masa terdekat dan impaknya tersangat besar. |
|
|
|
|
|
|
|
Negara India pula tak menghadapi masalah ini sebab mereka ramai rakyat yang muda. |
|
|
|
|
|
|
|
China dikatakan akan terperangkap dalam 'middle income trap' atau menjadi tua sebelum sempat menjadi kaya. |
|
|
|
|
|
|
|
dcruins replied at 1-3-2017 02:14 PM
Tak derrr beza banyak pun cara pemerintahan mereka sekarang banding zaman Emperor mereka dulu, sam ...
Nama sistem saja berlainan. |
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 replied at 1-3-2017 06:11 AM
Negara China sedang menuju ke arah negara tua dalam masa terdekat dan impaknya tersangat besar.
apa impaknya? |
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 1-3-2017 02:21 PM
apa impaknya?
Peluang pekerjaan. Pelabur-pelabur asing dan tempatan pasti akan buka kilang di luar China sebab tenaga pekerja semakin berkurangan dan impaknya sangat besar pada ekonomi China yang besar tu.
Lagipun China merupakan antara beberapa negara di dunia sekarang yang sedang menghadapi situasi '4-2-1' di mana seorang anak terpaksa menyara dua ibubapa dan empat datuk dan nenek.
Manalah anak muda mampu menyara keluarga besar camtu. Belum lagi nak sara isteri dan anak. |
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 replied at 1-3-2017 06:25 AM
Peluang pekerjaan. Pelabur-pelabur asing dan tempatan pasti akan buka kilang di luar China sebab ...
biar betul spidey. cucu kena sara moyang?
kalu cucu umo 20 kerja.berapa umur moyangnya? |
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 1-3-2017 02:51 PM
biar betul spidey. cucu kena sara moyang?
kalu cucu umo 20 kerja.berapa umur moyangnya?
Spidey pun terkejut apabila terbaca berita ini beberapa hari lepas.
Tapi tak pelik pun, Gigahertz sebab dah terlalu lama sistem satu keluarga satu anak di China dan jangka hayat hidup rakyat China pun agak panjang.
Jadi impaknya sangat jelas kelihatan hari ini. Seorang anak muda dalam 20an atau awal 30an menyara kedua ibubapa dan 4 lagi datuk nenek.
Pasal tu istilah '4-2-1' diberikan oleh penulis artikel yang Spidey baca hari tu. |
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 1-3-2017 02:51 PM
biar betul spidey. cucu kena sara moyang?
kalu cucu umo 20 kerja.berapa umur moyangnya?
Ni antara link dari Internet yang Spidey jumpa.
alexatsintolas.weebly.com/the-4-2-1-problem.html |
|
|
|
|
|
|
|
Bercerita mengenai polisi anak satu ni teringat dekat kes Feng Jianmei.
Baguslah sekarang polisi anak satu ni telah dirombak. Kalau tak, senasiblah kau dengan Feng JIanmei.
|
|
|
|
|
|
|
|
dari kampung masuk bandar bawak perangai pprt. ada duit lebih boleh naik kapal terbang. tunjuk pd dunia diorang berak merata. kerajaan china ada ajar tak manners & etiquette? |
|
|
|
|
|
|
|
indialah yg ramai org sumber tenaga buruh. atau belah2 asia tenggara mcm vietnam. |
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 replied at 1-3-2017 06:56 AM
Spidey pun terkejut apabila terbaca berita ini beberapa hari lepas.
Tapi tak pelik pun, Gigaher ...
China malaysia pun tak nak ramai anak kan? jarang tgk kaum china malaysia anak 5 orang. max 3.
salah satu sebab faktor ekonomi dan kewangan. |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 1-3-2017 03:51 PM
indialah yg ramai org sumber tenaga buruh. atau belah2 asia tenggara mcm vietnam.
Buat masa ini China masih merupakan negara dengan tenaga buruh teramai. |
|
|
|
|
|
|
| |
|