CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1730|Reply: 1

Daripada ‘Stewardess’ Kepada Kapten Bas Wanita

[Copy link]
Post time 8-3-2017 12:15 PM | Show all posts |Read mode

KERJAYA yang dahulunya sering didominasi golongan lelaki, kini bukan sesuatu yang asing lagi dalam kalangan wanita untuk bergelar kapten bas, dan ia sekaligus menepis tanggapan segelintir pihak bahawa kerjaya sebagai pemandu bas adalah tidak sesuai untuk kaum wanita.

Berpegang kepada prinsip ‘wanita boleh’ dan mempunyai minat yang mendalam terhadap industri pengangkutan awam darat (LPT), Norsaliza Yanti, 38, dan Rohani Mohd Ali, 40-an, antara dua contoh wanita berjiwa kental yang nekad menjadikan pemandu bas sebagai kerjaya.

Mengakui bahawa ia bukan sesuatu yang mudah pada awal penglibatannya, Norsaliza, yang merupakan ibu kepada dua cahaya mata memulakan kerja sebagai kapten Bas Rapid KL sejak empat tahun lalu.

Norsaliza Yanti/Foto: Malaysian Digest

Katanya, beliau memulakan kerjaya di bawah pengurusan Rapid Bas Sdn. Bhd sebagai krew kabin bas sebelum tergerak hati mahu menjadi kapten bas berikutan ingin mencabar kemampuan diri dan mengembangkan pengalaman.

“Bekerja sebagai krew kabin sangat-sangat berbeza dengan kapten bas. Krew kabin bas, peranan kita seperti ‘stewardess’ iaitu lebih kepada melayan penumpang, tetapi sebagai kapten bas, kita bertanggungjawab untuk memandu kenderaan dan membawa penumpang tiba ke satu-satu destinasi dengan selamat.

“Minat saya untuk menjadi kapten bas timbul setelah hampir setiap hari (sebagai krew kabin) saya tengok pemandu bas turun daripada kenderaan, dan perasaan itu sesuatu yang menyeronokkan, jadi saya mahu mencubanya,” katanya ketika ditemui pada sesi ‘Meet & Greet’ bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri dan golongan wanita yang bekerja dalam industri LPT di stesen MRT Pusat Bandar Damansara, semalam.

Mengakui pernah timbul perasaan putus asa dan mahu berhenti daripada menjadi kapten bas, Norsaliza menjelaskan sokongan penuh yang diberikan suami dan ahli keluarga telah membuatkan beliau lebih kuat untuk berdepan dengan pelbagai cabaran dan tohmahan masyarakat.

“Pelbagai karenah penumpang, keadaan lalu lintas yang sesak dan tanggapan orang ramai, adalah antara cabaran sepanjang bergelar kapten bas.

“Ada penumpang yang mengusik dan meminta nombor telefon, selain mempersoalkan kenapa saya (seorang wanita) bekerja sebagai pemandu bas. Tetapi perkara itu kini sudah menjadi kebiasaan dan satu sahaja jawapan saya adalah, kerana saya mahukan cabaran dan pengalaman,” jelasnya.

Sementara Rohani, ibu kepada empat orang anak berkata, kepercayaan penuh yang diberikan suami, yang juga bekerja dalam sektor yang sama telah mendorong beliau untuk menceburkan diri dalam pekerjaan yang mencabar itu.

"Selamat Hari Wanita Sedunia"

Sumber -MD


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2017 12:30 PM | Show all posts
Nothing new ramai je pemandu bus wanita sekarang ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.074933 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list