Perasan atau tidak, kita pasti akan teruja melihat replika makanan yang dipamerkan di depan restoran.
Disebabkan rupanya yang nampak benar-benar asli, nafsu makan terus meningkat dan rasa berselera untuk mencuba makan tersebut.
Malah menurut laporan dari Japan Times, perkara ini sudah menjadi kebiasaan di Jepun. Pelanggan di sana cukup terpikat memesan menu berdasarkan replika makanan yang ditayangkan.
Foto: www.japantimes.co.jp
Namun tahukah anda, pembuatan replika makanan ini bukanlah semudah yang disangka?
Salah seorang pengusaha dalam pembuatan ini adalah Noriyuki Mishima,79 dari Jepun.
Noriyuki Mishima,Foto: www.japantimes.co.jp
Sudah enam dekad menjadi artis replika makanan, dia mengakui ada kalanya agak sukar untuk mendapatkan warna yang betul-betul sama dengan bahan yang asli.
Paling sukar adalah untuk menghasilkan ilusi segar pada replika daging dan sushi.
Foto: www.japantimes.co.jp
Pembuatan replika makanan sebenarnya langsung tidak menggunakan mesin atau peralatan canggih.
Sebaliknya hanya menggunakan alat mudah memotong, berus cat, berus udara dan ketuhar pengering, dan kepakaran artis sendiri.
Jangan tidak percaya, harga untuk semangkuk replika makanan boleh mencecah hingga 6,000 yen (RM232.54) untuk satu menu.
Hasilnya? Memang luar biasa, lihat sahaja gambar-gambar di bawah.
Bagaimana, hanya dengan melihat gambar, pasti semua sudah lapar kan? -CARI |