CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3569|Reply: 9

MAKAN SHELL OUT ATAS TASIK

[Copy link]
Post time 21-3-2017 02:39 PM | Show all posts |Read mode
Edited by teruna_kimchi at 21-3-2017 02:41 PM


Bagi penggemar makanan laut terutamanya shellout, apa kata anda cuba pakej shellout yang ditawarkan oleh D’Tasik Seafood Restaurant. Restoran yang terapung di atas tasik di Universiti Tenaga Nasional ini menawarkan pakej shellout pada harga RM25 seorang dengan tempahan minima dua orang.

Menariknya, D’Tasik menawarkan empat variasi masakan shell out iaitu blackpepper, tiga rasa, sweet sour dan bbq. Set shell out D’Tasik merangkumi nasi putih, ketam, udang, sotong, kepah, lala, jagung, sayuran dan macam-macam lagi.

Selain hidangan shellout, restoran D’Tasik turut menawarkan pelbagai hidangan lain. Antara yang popular dikalangan pelanggan adalah seperti ikan siakap stim limau, ayam mentega keju, asparagus belacan, nasi goreng Sungai Merab, Air Tasik Kayangan dan macam-macam lagi.

Kalau ingin menikmati juadah shell out yang enak dengan suasana dan panorama tasik yang indah, kunjungi D’Tasik Seafood Restaurant yang beroperasi bermula jam 6.00 petang sehingga 11.00 malam setiap hari kecuali pada hari Isnin.

SUMBER: SAJIONLINE


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2017 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
I dh mkn last weekend. Shell out 3 rasa. $25 per pack. X sesedap mn pun. Seafood pun ada udang, sotong & ketam je. Dlm iklan mcm2 ada. Realitinya x sama mcm dlm gmbr. Seafood pun x fresh & kuantiti pun sikit. Patutnya waktu  promotion la gempak tp hauk. Tht would be my first and last time trying their shellout :
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Not recommended. Tak pergi pun tak rugi:
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Opps lupa nk cakap lala ada tp byk kulit kosong drp isi:
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 03:05 PM | Show all posts
mengarut je.. org nak beli makanan tu sebab TREND..

kalau buka kedai dengan menu utama shell out mohon berkabung..

akak tak pernah makan shell out.. sbb tak terliur pun..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
shellout rumah je beli n goreng nyah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2017 03:26 PM | Show all posts
sedap ke mkn lambak2 cmni?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2017 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
JeNaB_PopPop replied at 21-3-2017 03:26 PM
sedap ke mkn lambak2 cmni?

Ntahnya.....

Dah lah pinggan mkn pun tak de....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2017 10:34 PM | Show all posts
masak sendiri ja sotong kupang udang besar ketam semua
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 12:12 PM | Show all posts
Shell Out yang original tu sedap je pun. Ni yang inspired ni murah memang la murah, tapi sedap tu belum tentu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.338033 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list