Seorang lelaki dijatuhkan hukuman seumur hidup selepas mengaku bersalah membunuh kekasihnya dengan memaksa mangsa meminum cat sebelum membakarnya hidup-hidup.
Dalam kejadian di Bristol, Britain itu Anthony Porter, 33, mengaku membunuh Andraya Lyons, 38 selepas dipercayai bertengkar di sebuah parti.
Anthony Porter, Foto: The Sun
Laporan The Sun menyatakan, Porter dalam keadaan marah telah memukul Andraya di kepala menggunakan seterika.
Porter juga memijak kepala mangsa sebelum menuangkan cat putih ke dalam mulut wanita terbabit.
Beberapa tin gas diselit di celah peha mangsa sebelum badannya dituang minyak dan dibakar hidup-hidup.
Andraya Lyons, Foto: The Sun
Menurut sumber lagi, jiran sebelah rumahnya terhidu bau asap dan segera menghubungi bomba.
Laporan bedah siasat mendedahkan mangsa mengalami 45 kecederaan pada tubuh, menunjukkan wanita itu dipukul dengan kejam.
Hakim Peter Blair berkata, pembunuhan kejam itu menyebabkan dua anak lelaki Andraya yang berusia lima dan lapan tahun kehilangan ibu pada usia muda.- CARI
Lokasi pembunuhan, Foto: The Sun |