Edited by bini_fl at 13-7-2017 11:35 AM
Nak berhijrah ni bukanlah satu perkara yang mudah. Orang selalu cakap kalau nak berubah nie biar slow and steady. Kalau tak, mungkin akan kembali kepada yang asal. Artis dan selebriti tanah air pon ramai dah yang buat penghijrahan.
Begitu jugaklah seperti Joy Revfa, isteri kepada Hafiz Hamidun. Kalau tengok penampilan Joy memang dah bertudung. Tapi tak sangka jugak ye ada jugaklah benda yang netizen tak puas hati. Siap cakap gaya Joy ni tak sesuai dengan Hafiz yang tampak Islamik. Apa lagi, Joy pon naik hangin la chuolss. Kalau admin pon hangin. Ade jela yang tak kena.
Dr FB Joy:
Maaf la saya bukan ustazah nak kena berubah drastik terus pakai purdah atau baju2 labuh.. Suami saya pun nasihat baik2 asalkan aurat tak terlihat.. Proses utk berubah memerlukan masa dan bukan boleh terjadi sekelip mata.. Allah swt tahu niat & cara kita. Kalau terlalu drastik itu lah yg buat wanita rasa nak kembali 'freehair' mcm dulu balik.. Org2 yg tinggi ilmu agamanya tahu cara utk mendidik & menasihati.. Kita yg tak berapa nak byk ilmu ni tak perlukan tegur cara maki2.. Last2 berbalik semula kata2 makian tu pd diri & keturunan sendiri baru sendiri mau ingat. Bila pakai baju jubah besar, ada saja suara kata saya ni gemok la.. tak sesuai dgn hafiz yg agak slim la.. Bila pakai outfits yg shape cut, ada pulak yg kata terlalu seksi & saja menayang body mantap .. kata tak sesuai dgn imej hafiz lebih islamic.. Gaya senyuman & renungan saya pun dipersoalkan kononnya membuatkan lelaki lain 'berkhayal/turn on'...! Too much sgt kan fantasi korg.. Ke lepas ni saya upload gambar kena pakai topeng..??? pelik2 laa.. korg nk apa sebenarnya ni..? kalau tak suka & rasa sakit hati tgk, tak payah follow k. Simple kan..?
Saya pun teringin memakai tudung labuh yg cantik & jubah yg sempurna.. tapi saya tak nak jd fake terus berubah seperti apa yg peminat suami saya nak.. Saya masih baru dlm dunia yg dilalui suami saya selama ni. Mungkin sbb itu Allah swt hadirkan suami saya utk membentuk & membimbing dan ianya memerlukan masa.. Gaya, dunia & imej kami sgt berbeza umpama langit dan bumi sampai ramai org yg tak percaya Allah jodohkan kami berdua. Allah tahu apa perancangan yg terbaik utk kita & siapa kita utk menidakkan nya.. Even, ustazah yg berpakaian sempurna dan berpurdah pun tetap ditegur & dikecam, apa lg org2 biasa yg jahil mcm saya ni.. Daripada selalu pegang "Kanta Pembesar" untuk sibuk lihat dosa orglain, lebih baik selalu pegang "Cermin" untuk sibuk lihat dosa diri sendiri tu dulu.. |