Malam kelmarin kira-kira jam lapan malam, berlaku satu pembunuhan kejam di Melaka apabila seorang pesara tentera ditemui maut akibat ditetak secara hidup-hidup!
Memetik laporan Harian Metro, seorang penyamun bersenjata parang terjah masuk ke sebuah rumah di Taman Bukit Terendak, Sungai Udang, Melaka dan bertindak kejam menetak seorang pesara tentera yang berusia 60 tahun yang dikenali Abdul Rahman Pileh.
Akibatnya beberapa bahagian badannya mengalami kecederaan yang serious dan mati di dalam ruang tamu rumahnya.
Manakala, Isterinya Sabturiah Lakidau yang berusia 59 tahun, parah dipercayai ditumbuk pada mulut, bawah dagu dan leher selain pergelangan tangan dikelar.
Menurut jiran sebelah rumah mangsa mendengar jeritan minta tolong daripada Sabturiah, sebelum keluar mendapati wanita itu terduduk di longkang hadapan rumahnya.
"Dia beritahu ada orang masuk rumah bersenjata parang. Saya terus layan dia bercakap kerana bimbang dia pengsan akibat kehilangan banyak darah."
"Dia minta saya dan jiran lain tengokkan suaminya dalam rumah, tapi kami semua perempuan, bimbang penjenayah masih berada dalam rumah."
Sejurus terima panggilan dari jiran mangsa, polis segera bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan sambil membawa mangsa yang cedera parah itu ke hospital untuk rawatan lanjut.
Siasatan awal mendapati penyamun adalah seorang anggota temtera, namun pihak polis masih tidak mengetahui motif sebenarnya suspek bertindak menetak mangsa sehingga mati di lokasi kejadian.- CARI
Afnanizar added that the suspect, who has no criminal record, was remanded under Section 302/394 of the Penal Code for murder and injury in the commission of a robbery
Seorang peniaga kafeteria maut ditetak manakala isterinya parah dikelar penyamun yang memecah masuk di rumahnya di Taman Bukit Terendak, Sungai Udang, Melaka.
Dalam kejadian jam 9.15 malam itu, Abdul Rahman Pileh, 60, meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya, Sabturiah Lakidau, 59, dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.
Post time 15-7-2017 05:51 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Suspek dgr2 nye saorang tentera jua. Dtg mcm nk beraya alih2 nyawa org tu kau ambik. Keturunan apelah bunuh orang ni. Si mati tu dah la baru baik sakit. Kau pulak pegi tamatkan riwayat dia. Si mati dan isteri meniaga dlm kem tentera sana.