Manis, lemak, berkrim! Fuh, memang padu rasanya. Siapa yang boleh tolak kalau ditawarkan air begini.
Khas untuk penggemar minuman gelas besar, boleh serbu Stadium Selayang sebab gerai di sini ada menjual minuman yang dipanggil Married Big Cup.
Kalau sebelum ini pening nak pilih perisa yang mana, gerai Coffee Boyz ini menawarkan tawaran menarik untuk pelanggannya.
Bukan biasa-biasa sebab pelanggan boleh pilih dua perisa minuman dengan satu harga.
Foto: FB Coffeboyz
Hanya RM6 sahaja, termasuk topping!
Berbaloi betul dan antara perisa yang paling digemari termasuk Red Tea, Green Tea, Mocha, Cappucino dan Chocolate
Memang layan habis kalau dapat hirup air sejuk dan menyegarkan begini, sesuai sangat untuk basahkan tekak masa cuaca panas.
Konsep begini memang cool dan kreatif. Lagi menarik hati sebab bekas airnya yang unik macam saling melengkapi, sesuai sangat dengan namanya, Married Big Cup.
Lokasi: Lot Parking Stadium Selayang
Waktu Niaga: Setiap hari kecuali Jumaat (11 pagi-6 petang)
Nombor Telefon: 0192663332/0196678332
IG : Homemade_Coffeeboyz
FB : Homemade Coffeeboyz
Tunggu apa lagi, jom serbu. -CARI
|