Apa dah jadi ni!? Tak sabar betul dia nak naikkan harga minyak. Belum pun tengah malam, sistem dah masukkan harga baru bagi bahan bakar. Apa nak dikata?
Beberapa jam lalu, Facebook (FB) Bawang Merah memuat naik sebuah gambar resit Petronas memaparkan dia terpaksa membayar harga baru bagi Ron 95 yang sepatutnya berkuatkuasa jam 12.01 pagi Khamis sedangkan masa di atas resit menunjukkan baru jam 11.12 malam, Rabu.
"Hang nak kaya cepat pun sabaq sat boleh tak? Ini dah kira menipu," tulisnya.
Apa nak jadi dengan segelintir pengusaha tempatan yang sering mengambil kesempatan di atas kesempitan rakyat?
Sebelum ini, KPDNKKmeminta rakyat bersimpati kepada pengusaha stesen minyak yang mengalami kerugian apabila harga minyak turun.
Tapi itu tak bermakna mereka boleh mengambil kesempatan sewenang-wenangnya, bukan?
Rata-rata netizen meminta perkara itu dilaporkan kepada pihak berkuasa.
"Laporkan kepada KPDNKK, selitkan bukti.
"Buat report bang. Biar kena stesen minyak tu.
" Tak tanya tokey minyak tu ke? Awat kalut sangat nak naikkan harga. Boleh ambil tindakan undang-undang ni," antara komen netizen.
Apa tindakan anda jika mengalami perkara sama? - CARI
|