CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 58024|Reply: 105

NAK TANYA PENGALAMAN BERSALIN DI HOSPITAL KERAJAAN

[Copy link]
Post time 7-8-2017 09:03 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Mrs.smith at 7-8-2017 09:18 PM

Salam, nak tahu pengalaman korang bersalin dkt hospital kerajaan.Aku dh 2 kali beranak dkt hospital kerajaan, pengalaman pertama boleh la takde apa yg nak complain sgt, beranak kali kedua pulak trauma jadi mcm tikus makmal.Kena seluk dgn doktor lelaki, after dia seluk, dia panggil pulak doktor pelatih and mintak utk seluk aku utk tgk betul tak budak tu punya kiraan bacaan tu, and doktor tu lelaki jugak!Feeling sgt violated, dh la waktu selak tu memg takde nak tutup peha dgn kain ke apa, terbukak mcm tu je, and seluk tu kan sakit, so imagine la aku diseluk dua kali berturut2.Aku paham seluk utk check bukaan, but then kena seluk lagi utk tujuan doktor pelatih tu nak check bacaan dia tally ke tak dgn doktor pelatih tu pulak, sakit hati aku! Aku ni jenis tak byk songeh, so sabar je la padahal dalam hati rasa nk sumpah seranah.Diorg siap boleh main alat ape ntah saje test nk dgr bunyi hearbeat pakai alat mcm serombong dkt perut.Sedih bila aurat aku tak dipelihara mcm tu even utk tujuan perubatan, tapi bgi aku utk benda tak perlu tu tak pyh la.

Then, waktu lepas beranak, doktor pelatih (perempuan) yg jahit.Jahitan sgt lama dan jahitan tak betul.Aku tau sbb tgh jahit tu, ada jururawat senior yg pakai baju biru tu tegur jahitan and ajar dia at that time.Beranak tak nangis, tp time jahit serius mengalir air mata.Lepas tu bila regular check up dkt klinik desa, misi ckp jahitan ni tak btol, ada benjol isi terkeluar lah apa (aku xtau sbb tak tgk, but memg lepas beranak agak lama jahitan bru baik if nak compare to beranak anak pertama).Aku paham yg org ckp kalau nak selesa or nak servis tip top pergi la hospital swasta.Aku bukan tak pernah consider tu,tpi memikirkan yg rasa rugi sbb husband kerja kerajaan, so beranak free je plus siap dpt wad class pertama, Alhamduillah yg tu aku bersyukur  and org ckp if ada big complication, hospital swasta akn hantar kerajaan jugak, so aku takut jugak la nak pilih hospital swasta.Pengalaman duduk dkt ward aku tak pernah nak complaint sbb aku ni bukan jenis fussy pun, aku okay je.So pokok pangkalnya aku bukan nak demand ke apa, tak mintak pun utk dapat layanan hebat2, makanan sedap2, aku terima seadanya asal anak aku selamat cuma agak kecewa dgn process time sebelum bersalin  (diseluk, soal aurat, dan jadi mcm tikus makmal) dan rawatan ketika bersalin yg kdg2 diorg bgi je dkt doktor pelatih.Kesannya nanti kita yg nak kena tanggung.

So aku nak tau sape2 yg pernah alami peristiwa tak menyenangkan dkt hospital kerajaan, and nak tanya pendapat dan cadangan utk kita buat if berhadapan dgn situasi mcm ni.Aku akn bersalin bulan 12 ni, so mcm trauma plak.Nak beranak dkt hospital swasta berhampiran dgn rumah hanya ada satu je maternity centre/doktor cina lelaki dan yg tu review pun so-so shj.

So if ada any story or cadangan yg boleh aku buat time nak bersalin nanti boleh share dkt sini.Thank you guys and really appreciate it.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2017 09:37 PM | Show all posts
seluk2 fikir poket doraemon ke apa doktor? kalau akak lah kena seluk time nak hamil, akak ju jitsu tangan doktor tu.. akak black belt ju jitsu
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2017 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
seluk macam mn tu ya? tangan doktor tu masuk kat ehem2 ka?? i nak tahu jgak. .i xkahwin lg tp i nak tahu, nak tgok kat youtube takut pula
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2017 09:45 PM | Show all posts
cuba request doctor perempuan,  kadang2 kita kena request juga kt hospital untuk dapat kan doctor perempuan..



Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2017 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada duit pg je la private. Aku pun mcm da insaf nk srh bini bersalin kat hsptl gov lg. X nk la cerita kat cni nant kena kecam.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2017 10:13 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 7-8-2017 09:37 PM
seluk2 fikir poket doraemon ke apa doktor? kalau akak lah kena seluk time nak hamil, akak ju jitsu t ...

tu lah pasal, org dah la tgh menahan sakit contraction, nak diseluk lagi byk2 kali.Doktor pulak lelaki dan muda2 pulak tu.Macam apa je rasa time tu, rasa mcm malu sgt.Waktu beranak yg first kene seluk dgn doktor perempuan so okay la.Paling tak boleh terima bila dia panggil doktor pelatih utk main seluk2 and nak check yg org tu check bukaan btol ke tak, ingt aku ni text book ke!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-8-2017 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Sufimaisarah at 7-8-2017 10:27 PM

Saya dua2 anak lahir hosp kerajaa.yg first kt tganu.second kt sg buloh
Both ok je
Tapi dah hosp kerajaan kan kita xleh nk expect layanan mcm vip .tp still staff2 baik.

Pengalaman buat ve(vaginal examination(seluk tu la) mula2 sakit.tapi dah tau teknik kalau dia seluk tarik nafas pnjg2 mmg xsakit.

Both baby sy xde jahit lgsung even bersalin normal sbb sy amalkan urutan perineum .mmg  berkesan la pada saya.mak2 yg tgh pregnant boleh la try

Lagi satu bila rasa contraction tarik nafas pnjg2 then hembus ke bawah.mmg terasa kepala baby pelan2 turun.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2017 10:16 PM | Show all posts
raradhia replied at 7-8-2017 09:42 PM
seluk macam mn tu ya? tangan doktor tu masuk kat ehem2 ka?? i nak tahu jgak. .i xkahwin lg tp i nak  ...

Aah ye seluk tu dia masukkan jari kt dlm ehem2 .Sakit satu hal, malu pun ye jugak, but then memg kena buat semua tu sbb nak tau dh ready utk deliver ke tak.Takpe nanti u dh kahwin nak beranak nanti u tau la mcmana, hihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2017 10:16 PM | Show all posts
Sufimaisarah replied at 7-8-2017 10:14 PM
Saya dua2 anak lahir hosp kerajaa.yg first kt tganu.second kt sg buloh
Both ok je
Tapi dah hosp ke ...

terima kasih bg tips.. masa kita inhale muscle akan contract jadi sakit akan kurang. bagus ilmu tu. servis gov hospital terbaik bg akak cuma kekurangan tu boleh diperbaiki bukannya teruk sangat..
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2017 10:18 PM | Show all posts
Mrs.smith replied at 7-8-2017 10:13 PM
tu lah pasal, org dah la tgh menahan sakit contraction, nak diseluk lagi byk2 kali.Doktor pulak le ...

kalau kt egypt hospital dia seluk cam tangkap ikan belut kat sawah padi sis, lagi ganas sampai tersesat tak jumpa pangkal jalan, lg pun bukaan baka arab lg besar. kiranya doctor kita ada etika kerja. minta jasa baik dan cakap kt doctor seluk slow2 sebab kita tengah sakit. doctor hospital gov terbaik
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2017 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 7-8-2017 10:16 PM
terima kasih bg tips.. masa kita inhale muscle akan contract jadi sakit akan kurang. bagus ilmu tu ...

Biasa la servis murah .Ramai patient plak tu kan.tapi sy anggap rezeki la kan klau dipermudahkan proses bersalin tu.kena byk2 doa.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2017 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 7-8-2017 10:18 PM
kalau kt egypt hospital dia seluk cam tangkap ikan belut kat sawah padi sis, lagi ganas sampai ter ...

Kalau sy sbb sakit sgt contraction dah xterasa sakit ve.rasa nk dia cpt cek nk cpt2 masuk labor room.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2017 10:26 PM | Show all posts
otai_g replied at 7-8-2017 10:04 PM
Ada duit pg je la private. Aku pun mcm da insaf nk srh bini bersalin kat hsptl gov lg. X nk la cerit ...

jgn di kecam hospital gov, setuju cara otai_g. jgn sebab sorang dua doktor semua nak kena kecam? cm ada sorang akak tu, dekat parking kereta dengar dia kutuk doctor yang sambut deliver baby dia. ( dah mati baby dia sebab kena sumpahan kes tipu duit orang) bakal lah kepala akak ada pilis kalau tak akak tanduk akak tu..

kadang2 kita dengar sakit hati sebab dia orang tak faham doctor kerja bagai nak mati, 3/5 doctor ambil HO tak jadi doctor. jgnlah rendahkan moral doctor. doctor bukan robot, sebelum masuk private doctor2 ni praktikal kat mana? takkan praktikal kt rumah bidan? atau dekat rumah mak andam? dia orang praktikal kt hospital gov.. ada saluran untuk buat aduan gunakan.

masyarakat kita sering di didik dengan saluran viral , media internet berbanding dahulukan saluran aduan yang betul. netizen bijak netizen cakna

kita saran sokong agar penambah baikan di lakukan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2017 10:27 PM | Show all posts
otai_g replied at 7-8-2017 10:04 PM
Ada duit pg je la private. Aku pun mcm da insaf nk srh bini bersalin kat hsptl gov lg. X nk la cerit ...

Memg pernah terpikir nak beranak swasta, so far dari segi kewangan takde masalah, cuma nya doktor pakar dkt maternity centre tu pun lelaki jugak (chinese), kalau ada doktor perempuan dah lama pergi beranak dkt situ.Hospital kerajaan layanan nurse and doktor okay takde masalah tp problem nya kena ikut nasib beranak tu waktu vaginal examination and deliver if bernasib baik dpt la semua perempuan.Setakat ni still tak bernasib baik sbb tiap kali beranak mesti akn ada doktor laki/pelatih. Beranak 1st (vaginal examination doktor perempuan/delivery process doktor lelaki), beranak 2nd pulak (vaginal examination doktor lelaki (2 org)/delivery process doktor perempuan (pelatih) dan doktor lelaki) .Tu belum lgi bab cerita jadi bahan tontonan pelatih nurse2 ni

It's okay otai_g kalau segan nak cerita, aku pun awal2 malu sgt nk cerita dkt husband yg pasal kes seluk berkali2 tu.But then aku cite jugak la sbb aku rasa mcm violated gila and sakit hati.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2017 10:37 PM | Show all posts
Mrs.smith replied at 7-8-2017 10:27 PM
Memg pernah terpikir nak beranak swasta, so far dari segi kewangan takde masalah, cuma nya doktor  ...

kt private hospital bangi boleh request doctor perempuan kalau xsilap sis lah. cuba tanya kt bangi.. huntunglah dpt wad kelas pertama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2017 10:41 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 7-8-2017 10:26 PM
jgn di kecam hospital gov, setuju cara otai_g. jgn sebab sorang dua doktor semua nak kena kecam? c ...

Saya tak kecam sis, memg okay je beranak kerajaan, staff nya pun baik2.Cuma yg kecewa sikit bab lack of sensitivity doktor lelaki buat check tu, yg kes saya ni if doktor lelaki tu check bukaan saya okay je tak marah, yg saya rasa mcm violated tu bila dia panggil lagi sorg doktor pelatih utk tgk whether he can give the right answer utk cek bukaan saya, sakit satu hal and seluk sekali okay acceptable, but then kene seluk lagi berturut after tu plus doktor tu tak mintak izin pun tanya whether i'm okay with it ke apa, so rasa mcm violated even saya tau tu hospital kerajaan but then atleast tanya dulu ke utk proses pembelajaran tu?rasanya tak salah.

Saya tak pernah viralkan pun eventhough proses jahitan doktor pelatih salah, saya terima je even time pergi check dkt klinik desa diorg sendiri pun siap  ckp yg apa la doktor tu jahit mcm tu.Saya takkan disclose hospital mana sbb niat saya bukan nak malukan or blame, saya cuma nak tgk pengalalman org lain and nak dgr any cadangan on what I can do if berhadapan dgn situasi tu lagi.Plus saya cuma nk luahkan and tgk whether benda ni common happen dkt hospital kerajaan ni, or saya je yg tak bernasib baik.Sbb pernah jugak baca yg org beranak dkt kerajaan dan dari awal dia masuk labor room dia dpt doktor dan kakitangan perempuan shj.Good for her.

But then cas hospital kerajaan memg terbaik, tak perlu bayar apa2 plus siap dpt buah tangan lagi time nak discharged tu.Anak ketiga ni pun saya akn beranak kerajaan jugak InsyaAllah tp tu lah agak risau jugak la hal aurat dan jahit nanti.Hospital swasta not an option for me dkt sini sbb doktor pakar nya jugak lelaki (chinese).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-8-2017 10:44 PM | Show all posts
Sufimaisarah replied at 7-8-2017 10:14 PM
Saya dua2 anak lahir hosp kerajaa.yg first kt tganu.second kt sg buloh
Both ok je
Tapi dah hosp ke ...

Owh okay, thank you for the tips, nanti iols akn cuba praktikan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2017 10:46 PM | Show all posts
Mrs.smith replied at 7-8-2017 10:41 PM
Saya tak kecam sis, memg okay je beranak kerajaan, staff nya pun baik2.Cuma yg kecewa sikit bab la ...

buat aduan je sis, jahit salah tu memang sakit hati boleh jadi tumpah darah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2017 10:47 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 7-8-2017 10:18 PM
kalau kt egypt hospital dia seluk cam tangkap ikan belut kat sawah padi sis, lagi ganas sampai ter ...

serius ke sis?Haha alamak seksanya.Iols imagine dia seluk smpai ke siku.haha.lobos la nanti iols tak sangggup
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2017 10:52 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 7-8-2017 10:37 PM
kt private hospital bangi boleh request doctor perempuan kalau xsilap sis lah. cuba tanya kt bangi ...

Iols kat johor sis, plus area berdekatan tmpt tinggal iols takde byk pilihan even private pun.Kalau dkt area kl sana tu byk pilihan kan.Tapi tu lah jauh bebeno nak beranak kt sana, hehe.Btw thanks sis utk your feedback.Iols nk menggunakan konsep doa je la kot, semoga Allah temukan iols dgn doktor dan kakitangan perempuan je nanti, sbb pernah baca blog org tu cerita dari awal pregnant dia dh start berdoa dan siap buat solat hajat semoga dieprmudahkan bersalin and aurat terpelihara beranak tanpa ada doktor/kakitangan lelaki dan doa dia termakbul pun, so iols nak cuba jugak la.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.455761 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list