Kalau dulu kakak, sekarang ibu Joy Revfa pula masuk campur dalam urusan rumah tangganya dengan Hafiz Hamidun.
Keadaan bertambah kusut apabila ibunya yang dikenali sebagai Safiah Abbas mengeluarkan beberapa kenyataan di Facebook.
Dia dikatakan memerli penyanyi tersebut berkenaan isu tidak sah perkahwinan tempoh hari.
Foto: FB Safiah Abbas
Tindakan tersebut disifatkan sebagai menyibuk oleh netizen kerana dia seolah-olah menambahkan lagi api yang sedang marak.
Berikut merupakan status yang dimuat naiknya di Facebook.
Lantaran itu, ramai netizen yang mengecam dan mempersoalkan tindakan yang diambil ibu Joy. Ada yang meminta agar ahli keluarganya supaya menutup mulut agar tidak mengeruhkan lagi keadaan.
Tunggu sahaja keputusan mahkamah 14 September nanti, semoga semuanya baik-baik sahaja. -CARI |