CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 934|Reply: 0

"Lantik Siapa Jadi CEO Proton, Itu Adalah Hak Geely Proton"- Datuk Se

[Copy link]
Post time 6-9-2017 03:28 PM | Show all posts |Read mode


sumber : internet



Baru-baru ini, China Press yang memetik agensi berita China Xinhua melaporkan bekas timbalan pengurus besar Dongfeng Honda Engine Co, Li Chunrong yang menyertai Geely pada 22 Ogos lalu bakal dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) Proton.


Apabila ditanya berkenaan khabar angin itu, Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani memaklumkan bahawa kerajaan tidak akan campur tangan dalam setiap keputusan Proton.


"Saya perlu periksa dulu, tetapi ini syarikat persendirian dan tiada kaitan lagi dengan kerajaan."


"Terpulang kepada rakan niaga mereka untuk melantik sesiapa sahaja sebagai CEO."


Bagaimanapun, beliau menyifatkan usahasama dengan Geely adalah positif memandangkan syarikat itu berjaya memulihkan Volvo.


Dalam pada itu, Geely Proton tidak mengesahkan tentang khabar angin itu.


Pada Mei lalu, DRB-Hicom memeterai perjanjian dengan menjual 49.9 peratus sahamnya kepada Zhejiang Geely Holdings Group Ltd yang berpangkalan di China.- CARI

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.065434 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list