Author|Post time 4-9-2017 11:44 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by vous_me6 at 7-9-2017 07:57 PM
!nsert short interview: BTS #AAC2 di Edinburgh
Faz di interview Fedi/Fahri (min 3:45)
a
Fazura Berduet Dengan Artis Antarabangsa
Cr.BERITA HARIAN (Khamis, 7 Sept 2017)
KUALA LUMPUR: Nur Fazura teruja bakal berduet dengan penyanyi antarabangsa yang menjadi idolanya selama ini, tidak lama lagi.
Pelakon dan penyanyi itu memberitahu BH Online, projek duet itu sudah disahkan dan mereka sedang menunggu tarikh sesuai untuk memasuki studio rakaman.
Bagaimanapun, Fazura enggan mendedahkan identiti penyanyi berkenaan. "Saya sangat teruja apabila seorang penyanyi antarabangsa mahu berduet dengan saya. Cuma saya tidak boleh dedahkan siapa gerangannya.
"Semua ini adalah hasil kerja keras saya yang banyak membuat latihan. Ini juga 'pahala' yang saya dapat daripada kritikan netizen hingga saya diberi rezeki pergi jauh," selorohnya kepada BH Online.
Lebih mengujakan, tambah Fazura, bukan seorang, sebaliknya beberapa penyanyi antarabangsa lain dijangka menjalin kerjasama dengannya dalam projek lagu.
Ditanya mengenai penerimaan peminat di Indonesia, Fazura yang bakal melancarkan album, tidak lama lagi, bersyukur dengan tumpuan diterima.
Kata pelakon filem J Revolusi itu, sejak terbabit dengan program Facing Up With Fazura melalui saluran E Asia, dia mendapat pelbagai tawaran kerja dari beberapa negara. "Alhamdulillah, Allah bukakan jalan rezeki saya. Antara negara itu adalah Filipina dan Indonesia. Nampaknya, peminat di Indonesia mula menerima kehadiran saya dalam industri perfileman di negara itu.
"Dalam teruja, saya juga berdebar dan memikirkan bagaimana saya perlu membawa diri. Iyalah, apabila mewakili nama negara, mestilah buat bersungguh-sungguh," katanya.
Setakat ini, Fazura sudah bekerjasama dengan produksi Indonesia melalui filem Rafathar The Movie, Bulan Terbelah Di Langit dan Qarkop FKI Reborn: Jangkrik Boss!! Part 2.
Terbaharu, Fazura sedang menjalani penggambaran filem Ayat-Ayat Cinta 2.
Hlive: Fazura ke Edinburgh & New York
Fazura Bakal Berduet dengan Artis Antarabangsa
Cr.Mstaronline (Ahad, Sept 2017)
PELAKON Nur Fazura mendedahkan dia bakal merakamkan sebuah lagu duet bersama seorang penyanyi artis antarabangsa tidak lama lagi.
Bagaimanapun kata penyanyi lagu Bisa Apa ini dia terpaksa merahsiakan terlebih dahulu siapakah artis tersebut namun mengakui teruja dengan projek tersebut. "Alhamdulillah saya diberi peluang untuk merakamkan lagu bersama seorang penyanyi antarabangsa tidak lama lagi.
"Buat masa ini siapakah artis tersebut adalah rahsia tapi jujur saya sangat teruja dengan projek itu dan memang tidak menyangka dapat bekerjasama dengannya," katanya.
Tambah duta produk Maydan ini, lagu itu bakal dimuatkan dalam album sulungnya yang dijangka akan berada di pasaran pada November depan.
Sebelum ini Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 33, pernah berduet dengan penyanyi dari Indonesia iaitu Ridho Rhoma menerusi lagu Bulan Terbelah Di Langit Amerika selain Jason Dy dari Filipina lagu berjudul Nothing Like Pag-ibig.
Pelakon filem Manisnya Cinta Di Cappadoccia ini juga pernah berkolaborasi dengan kumpulan Estranged menerusi lagu Hancur Aku dan Fattah Amin, Cinderella.
Fazura nanti reaksi peminat Indonesia
Cr.HarianMetro (Rabu, 30 Aug 2017)
PELAKON jelita Nur Fazura yang sebelum ini berjaya menembusi pasaran Indonesia menerusi filem komedi negara itu, Warkop bakal tampil dengan sekuel filem berkenaan iaitu Warkop 2.
Filem berkenaan mendapat sambutan hebat di Indonesia ketika ditayangkan sebelum ini.
Fazura berkata, dia bersyukur apabila peminat di Indonesia menerima baik kehadirannya.
“Selepas berlakon filem Rafathar, saya turut terbabit sekali lagi untuk filem Warkop 2 yang akan ditayangkan esok.
"Saya tahu mungkin peminat di sini tidak faham lawak di sana dan begitu juga sebaliknya. Tetapi apabila melihat sambutan penonton terhadap filem Warkop pada sesi tayangannya yang lalu, satu panggung riuh dengan gelak ketawa.
"Saya yakin Warkop 2 akan mendapat sambutan luar biasa," katanya.
Fazura berkata, apa yang dilaluinya kini adalah rezeki selepas dia terbabit dengan program Facing Up to Fazura yang ditayangkan di saluran E!.
"Tidak saya nafikan selepas program berkenaan saya banyak mendapat tawaran dari negara jiran seperti Filipina dan Indonesia. "Saya juga akan ke Scotland untuk menjalani penggambaran filem Ayat Ayat Cinta 2 dan memegang watak sebagai peguam bernama Brenda," katanya.
Berkongsi mengenai filem itu, Fazura sendiri teruja dan tidak menyangka diberi peluang berlakon dalam filem berkenaan. " Pertama kali memegang watak sebagai peguam ia satu pengalaman baru untuk saya. Diharap saya dapat lebih mendalami watak berkenaan ketika di Scotland nanti," katanya.
Ayat Ayat Cinta 2 turut dibintangi Fedi Nuril, Chelsea Islan, Dewi Sandra dan Tatjana Saphira.
Post time 5-9-2017 12:19 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by amina666 at 5-9-2017 12:28 AM
Tq TT patut iols tgk kastle 28 dah sunyi...
Yess ignore ignore ignore
Kita nak positive vibes jer..
Happy2 tgk faz mendoniaaaaa di Edin..
Cantek2 n fresh as Brenda..
Crush sgt tgk dia pki trenchcoat mcm dana scully