CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1944|Reply: 14

Rakyat Malaysia Dilarang Ke Korea Utara Buat Masa Ini

[Copy link]
Post time 28-9-2017 01:28 PM | Show all posts |Read mode


sumber: Malaysiakini

sumber : http://cdn2.tstatic.net/



Hari ini, Kementerian luar dalam satu kenyataan media memaklumkan kerajaan mengambil keputusan melarang rakyat negara ini ke Korea Utara berikutan ketegangan yang memuncak di rantau itu akibat ujian peluru berpandu yang dijalankan baru-baru ini.


“Larangan akan dikaji semula apabila keadaan kembali normal.”


Walau bagaimanapun, Malaysiakini melaporkan bahawa kenyataan tersebut tidak menyatakan sama ada warga Korea Utara dibenarkan ke negara ini.


Namun demikian, Malaysia secara tradisinya tetap mengekalkan hubungan mesra dengan Korea Utara, walaupun negara itu dipinggirkan oleh sebahagian besar negara maju.


Untuk rekod, Malaysia adalah antara 21 negara yang diberi status visa percuma oleh Korea Utara. Ia juga adalah salah satu daripada 24 negara yang mempunyai pejabat kedutaannya di Pyongyang.


Sebarang maklumat lanjut bolehlah menghubungi kementerian luar di talian +603-8000 8000 (semasa waktu pejabat) dan +603-88874570 (selepas waktu pejabat).- CARI

sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2017 01:32 PM | Show all posts
so jadi x team harimau malaya nk menentang team korut nnt.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2017 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Sape ler yg nak gi tu.. baik gi seoul
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2017 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada apa je dekat korea utara tu?
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2017 02:42 PM | Show all posts
umbut replied at 28-9-2017 02:23 PM
Sape ler yg nak gi tu.. baik gi seoul

seoul n jepun pun kena pikir 2x...bukan x suruh pegi....

tgh bjimba2 sana..ttiba roket terbang sana sini atas kepala..

atleast malaysia jauh skit...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2017 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Larangan hanya terhad kpd bangsa selain J. J boleh pg blk pyongyang sesuka hati sbb ada anak raja hebat kowtim sama kim jong un.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2017 03:22 PM | Show all posts
pegi ja la. naik privet jet. sempat lagi nak lari
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2017 03:39 PM | Show all posts
tak larang pun tak teringin nak pergi. macam bandar zombie je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2017 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Rambut diorang memang pesen gitu ea? {:laugh
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2017 02:09 AM | Show all posts
tak teringin ak nak g korea utara ni........meluat tgk sedara taliban ni........lagi teruk dri tak kasi drive
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2017 02:13 AM | Show all posts
Megikari replied at 28-9-2017 09:29 PM
Rambut diorang memang pesen gitu ea? {:laugh

hang jangan 'puji' sgt fesyen rambut dia tu.....
nak senasib otto warmbier ke.....curik bndera je dah kene hard labor penjara 15 tahun.....

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2017 02:37 AM | Show all posts
Buat apa nak g sana ummah dia pun klu blh nak lariiii keluarrrr
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2017 02:56 AM | Show all posts
Laa..hubungan masih mesra rupanya. Jadi tempoh hari aksi bawa pesawat tu cuma drama sahaja kah?

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2017 06:59 AM | Show all posts
kedutaan malaysia masih dibuka ke di korea utara...?
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2017 10:18 AM | Show all posts
merrissa replied at 29-9-2017 02:13 AM
hang jangan 'puji' sgt fesyen rambut dia tu.....
nak senasib otto warmbier ke..... ...

Dah meninggal kan budak tuh...?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.075630 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list