CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5296|Reply: 46

Anak Polis Maut Ditikam Sepupu Sendiri

[Copy link]
Post time 22-10-2017 03:48 PM | Show all posts |Read mode
Anak seorang anggota polis maut di tangan sepupu sendiri selepas dia ditikam dalam kejadian yang berlaku di Taman Temerloh Makmur.


Utusan Online melaporkan mangsa yang dikenali sebagai Robiatul Ain Mahamod 27, mati ditikam dengan pisau dan gunting selepas berlakunya pergaduhan antara mereka..


Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata mangsa mendakwa suspek menghisap dadah dan mencuri barang di dalam rumah.

Robiatul Ain, Foto: Utusan Online


Rumah tersebut didiami mangsa bersama suami, adik mangsa dan suspek yang merupakan sepupu mangsa.

"Semasa kejadian hanya suspek dan mangsa sahaja berada di dalam rumah, suspek tidak berpuas hati lalu berlaku pergaduhan dan menikam mangsa.

"Hasil keterangan daripada saksi yang berada di hadapan rumah dan jiran mengatakan pada jam 9.30 malam mereka mendengar berlaku pergaduhan di rumah mangsa, jiran mangsa menghubungi telefon bapa mangsa yang sedang berada di hospital kerana bertugas," katanya.

Mangsa ditemui terbaring di ruang tamu dengan kesan tikaman oleh bapa dan adik lelakinya.


Bapanya merupakan anggota polis berpangkat sarjan dan bertugas di Balai Temerloh.


Suspek sudah ditahan dan kes disiasat di bawah  Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2017 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Penagih dadah memang sial....

Penagih nih, mak bapak sendiri dorang sanggup bunuh...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2017 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
tinggal serumah dgn sepupu?
{:question
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2017 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Geramnya baca
Dadah pemusnah
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2017 04:22 PM | Show all posts
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2017 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah, salam takziah buat family arwah.

Paling benci cases melibatkan dadah. Orang lain yang jadi mangsa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2017 04:47 PM | Show all posts
dekat sabah, anak polis bunuh org... acahne tu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2017 04:55 PM | Show all posts
Takziah kepada keluarga mangsa. Dadah sememangnya musuh kepada kita semua.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2017 05:02 PM | Show all posts
kechikchomel replied at 22-10-2017 04:05 PM
tinggal serumah dgn sepupu?
{:question

sepupu pmpn kot

klu laki, bole jatuh khalwat dah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2017 05:11 PM | Show all posts
Penagih ni bahaya lah, jangan sesekali nak cuba. Memang hancur hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2017 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Penagih ni jgn main2.. diorang pendendam.. pantang dihina.. byk kes bunuh dilakukan penagih sebab dendam.. jgn cari pasal.. letak je racun tikus biar mampus..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2017 05:39 PM | Show all posts
Kalau munah pun munah laharkan aja penagih tu. Tapi nasib arwah tak berapa nak baik. Semoga arwah tenang di sana.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2017 05:41 PM | Show all posts
Takziah. I baru baca kes ni dekat twitter.

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2017 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Pendedahan ttg keasan buruk penyalahgunaan dadah x bnyk/x sampai compared ngan dulu 1~2 screen 3 channel.
Harap sama2 dpt ambik initiative:
memperbanyakkan content kesedaran akibar buruk dadah. Eg: iklan cari, tv, wayang, etc, content iklan media2 ngeri mangsa yg yg berkaitan dgn dadah, either direct or indirect, kesan kpd diri sendiri, family, gf/bf, masyarakat, etc.
Content posting personality berpengaruh, eg artist, wakil rakyat, penceramah keagamaan, etc.
Disamping itu, diharap ada mekanisma spotcheck test dadah/audit  kt staff office2 gov n swasta.
Paling simple, walk the drug dog n black maria kt kwsn2 panas, skolah, pusat hiburan, kwsn lepak, etc.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2017 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
sepatutnya ..tiap2 tahun kena bawak rombongan budak2 sekolah g melawat pusat serenti dan penjara...kira aktiviti wajib lah
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2017 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnalillahirojiun takziah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2017 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Ruginya sia2 kn hidup hisap dadah. Apa satu benda pun tak menjadi dlm hidup
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2017 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah...

Ummah dadah ni memang lahanat..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2017 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kechikchomel at 22-10-2017 07:12 PM
batmana replied at 22-10-2017 05:02 PM
sepupu pmpn kot

klu laki, bole jatuh khalwat dah.


hmmmm...maybe lah.
tapi kalau kazen pompuan pun,arwah ni dah kahwin.pastu polis ni (ayah arwah) pun tinggal sekali,dgn adik lelaki arwah.

--------edited---------
polis tu (ayah arwah)tak tggl sekali.adik arwah tak pasti lelaki le pompuan.tapi yg pasti pompuan ni dah kahwin.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2017 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
and they said death penalty is inhumane and cruel....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.124345 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list