Seorang ibu diberkas polis selepas mengikat anaknya di atas bumbung kereta.
The Huffingtonpost melaporkan, Amber Schmunk menyuruh anaknya itu memegang kolam plastik yang baru dibelinya dengan alasan tidak muat diletakkan di dalam kereta.
Amber, 28 kemudiannya menyuruh kanak-kanak berusia 9 tahun tersebut naik ke bumbung untuk mengelakkan kolam plastik itu terjatuh.
Amber Schmunk, Foto: Thehuffingtonpost.com
Orang ramai yang terkejut melihat kejadian tersebut telah melaporkannya kepada pihak polis dan selepas disoal siasat, Amber mengaku bersalah.
Walau bagaimanapun dia mempertahankan dirinya dengan mengatakan dia turut mengambil langkah keselamatan dengan mengikat anaknya dengan tali di atas bumbung kereta.
Amber bakal didakwa di mahkamah pada 14 November ini dan berdepan hukuman penjara serta denda sekiranya didapati bersalah. -CARI |