CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10478|Reply: 107

KRU Cipta Lagu Dedikasi Khas Untuk ‘Haters’ Datuk Boy Iman

[Copy link]
Post time 6-12-2017 01:14 PM | Show all posts |Read mode
Nampaknya DS Diva dan DS Aliff Syukri bakalan ada pesaing dalam bidang nyanyian yang baharu mereka ceburi.
Datuk Boy Iman yang terkenal dengan kontroversi berterusan sepanjang tahun 2017 bakal mengeluarkan sebuah single bagi ‘meraikan’ pembenci-pembenci beliau. Wow!



KRU cipta lagu dedikasi khas untuk ‘haters’ Datuk Boy Iman






Sebelum ini, jutawan terkenal DS Diva telah tular apabila mengeluarkan single I Am Me dan meraih populariti besar apabila videonya mendapat tontonan hampir 10 juta!



Lirik Video I Am Me mendapat tontonan hampir 10 juta



Video lirik rasmi DS Aliff Syukri 'trending'




Muzik video DS Aliff Syukri juga turut mendapat 2 juta tontonan dalam masa 2 minggu! Nampaknya peluang untuk meraih populariti segera tidak dilepaskan oleh Datuk Boy Iman.


Menurut kiriman di akaun Instagram beliau, Boy Iman menyatakan single yang dihasilkan oleh Edry KRU tersebut ditujukan khas buat 'haters' yang sering mengecam dirinya dan lagu tersebut juga ditujukan khas untuk penyokong tegar beliau.


Lirik single tersebut dicipta oleh Edry KRU berbunyi seperti;


“Baru nak rasa senang, banyak hati tak tenang,
dengar suara sumbang, asyik kacau aku,
dapat datuk pun susah, dapat doktor pun salah,
Entah apa masalah, asyik kecam aku wohoooooo,
Aku tak peduli wohooooooo,tanggung sendiri…”


Kiriman Ig Dato Boy Iman mengenai single yang bakal dikeluarkan. Foto: Carian internet





Single tersebut dijangkakan dikeluarkan pada pertengahan Disember ini. Boy Iman yang seakan-akan kebal dengan cercaan pembenci itu juga turut berkongsi ‘teaser’ dari single yang dimaksudkan di akaun Instagram beliau, datodrboyiman.


Adakah ini strategi pemasaran bertujuan meraih populariti dan mendapatkan kepercayaan klien-klien beliau?


Sama-sama kita nantikan single daripada Boy Iman bertajuk “Malas nak layan”. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2017 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahahaa KRU skg byk ambik job merepek meraban eh. Jnji masyukkk. Duittt
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 01:23 PM | Show all posts
janji masyukkkkk...kate kru
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Asal boleh lah kan KRU skrg ni. Janji duit masuk.


Buat boyiman iolss nak cakap 'Malas nak dengar'  
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 01:28 PM | Show all posts
ADOIIII!!! nak jugakkkkkkkk dia....
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasihan donggg loe KRU..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2017 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tgk berapa banyak dislikes heols dapat kat youtube
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian plak KRU, dah jadi tmpt proses lagu bodopiang....janji masyukkk kekdahnya....pasni KRU boleh buat filem utk tok lajak laris, tok vida ,bam sajat pulakkk.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2017 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Perlu ke KRU?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kru layankan aje sbb dpt payment lebat la tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 01:54 PM | Show all posts
skg ni zaman lagu bodoh2 ke ek?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 02:02 PM | Show all posts
chinta89 replied at 6-12-2017 01:54 PM
skg ni zaman lagu bodoh2 ke ek?

skg zaman semua orang boleh jadi penyanyi..... ada menyanyik tuk cari makan...
ada pulak tuk marketing product, ada juga kerana minat... x salah mencuba..
tp klu dh dpt byk yg reti2 la....

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
KRU ni apa laa asal dpt nama kekdahnya. Xclassy lgsg..asalkan dpt duit, yerrr
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 02:18 PM | Show all posts
KRU,  daku tak mengerti kenapa kome sanggup menghabiskan masa untuk kerja bodoh ni. Baik duduk dalam studio buat lagu yang elok2. Xpon buat la concert untuk acik2 cam kami ni.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 02:18 PM | Show all posts
KRU pon nak tumpang kena cerca berjemaah ke? lepas ni tunggu lah dapat DISLIKES berjuta-juta pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ape masalah KRU skrg? Jobless sgt kah? Dlu kemain ekslusif. Menganga sapa dpt colab dgn KRU. Ni amende dohh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2017 02:20 PM | Show all posts
Tak de lagu Haters dari Nuraka?

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 02:21 PM | Show all posts
chinta89 replied at 6-12-2017 01:54 PM
skg ni zaman lagu bodoh2 ke ek?

sbb tukang melayan diorg pon ramai...2x5 je la

cuba kalo semua org pakat buat xlayan je.. bior geng2 bangang ni syok sendiri dlm dunia diorg..

tgk pd respon, share kat socmed tu boleh dirumuskan majoriti minda rakyat mesia tahap pprt ke tak..

lagu bodohh terencat pon nak diviralkan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
iolls jadi kesian tengok lisa melayan je tok lajak laris...muka sheolls mmg mcm terpaksa melayan kekeke...dalam hati lisa mesti mcm why laaa iolls kene involve dgn MV bodo ni kekeke
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 02:23 PM | Show all posts
KRU ni dah sendu sgt ke?

aritu buat konsert kemain konon2 gah sangat. ni job2 bodo mcm ni pun kru amik, dah kenapa???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.389946 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list