Selalu kita dengar, ada bermacam jenis pantang larang ketika datang bulan. Antara yang melucukan adalah tak boleh membuat tapai ketika haid kerana takut warna tapai berubah menjadi merah.
Foto: ingincepathamilblog
Macam tak logik, kan? Nak tahu apa yang lebih pelik? Baca ini!
Menurut portal Saja Heboh yang mengutip daripada pelbagai sumber, segelintir masyarakat percaya wanita tidak boleh membasahkan kepala ketika haid. Pula dah. Sehari tak basuh rambut, tak rasa gatal ke?
1. Kepercayaan orang tua
Difahamkan, liang roma kepala terbuka ketika haid. Jadi, ia boleh menyebabkan anda sakit kepala jika membasahkan rambut ketika haid. Mungkin sekarang tak rasa, tapi kesannya mungkin dirasai lewat usia kelak.
2. Kaum Cina
Eh, kaum Cina pun ada pantang larang serupa? Menurut mereka, membasahkan rambut ketika haid boleh menyebabkan rahim menjadi sejuk dan mengecut.
Keadaan ini secara tak langsung boleh menyebabkan peredaran darah tidak lancar dan berlaku darah beku.
3. Kata doktor
Setiap manusia tak kira lelaki mahupun wanita perlu menjaga kebersihan diri setiap masa termasuk ketika datang bulan.
Menurut doktor, membasahkan rambut ketika haid tidak menjejaskan kesihatan, sebaliknya ia memberi ketenangan kerana anda akan berasa bersih dan wangi.
Foto: wiseGEEK
Ha, bagi yang liat nak mandi tu, jangan jadikan haid sebagai alasan. Takkan nak biarkan tubuh rasa belengas melekit. Bukankah diri sendiri juga berasa tak selesa nanti?
Tak percaya? Terserah kepada penerimaan masing-masing selagi ia tidak bercanggah dengan agama. - CARI |