CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7182|Reply: 43

Nasib Baik Tunjuk Buku Merah Ni, Kalau Tak Kena Bayar RM19,713

[Copy link]
Post time 2-2-2018 12:09 PM | Show all posts |Read mode





Perasan tak, selalu saja ada kempen derma darah kerana bekalan darah di negara kita berkurangan. Ini kerana, setiap hari darah diperlukan untuk menyelamatkan nyawa semasa pembedahan, mangsa kemalangan, untuk merawat pesakit leukemia, pesakit jantung, penyakit hati dan haemophilia dan sebagainya.


Kisah yang dikongsikan oleh pemilik akaun facebook bernama Tan Shafry ini telah menyedarkan netizen supaya minat untuk menderma darah. Ini kerana, dia sendiri terkejut dan terharu apabila kos hospital yang sepatutnya dibayar sebanyak RM19,713 telah dikecualikan gara-gara menunjukkan buku merah yang merekodkan kekerapan dia menderma darah.


Sebab itulah betapa pentingnya sesiapa yang layak dan dibenarkan untuk menderma darah, patut menderma darah setiap 3 bulan sekali.







Ramai sebenarnya netizen yang tidak tahu kelebihan menjadi penderma darah. Tetapi, ia dikira baik kerana ada yang sentiasa menderma kerana niatnya ikhlas untuk membantu mereka yang memerlukan darah sedangkan tidak tahu pun kelebihan yang mereka dapat.











Semakin ramai la netizen yang nak menderma darah selepas ini apabila dapat tahu kelebihan yang mereka akan dapat.


Rupanya ada yang dapat layanan vvip semasa menerima rawatan di hospital atau klinik kerana mempunyai buku merah tersebut.











Ada ramai netizen yang teringin nak derma darah tetapi kesihatan mereka tidak mengizinkan dan ada juga netizen yang jenis takut jarum. Tak dapat la nak menolong.








Bagi anda yang layak menderma dan ingin membantu menyelamatkan nyawa seseorang kerana hospital sentiasa kekurangan darah, bolehlah menderma darah di mana-mana hospital. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2018 12:53 PM | Show all posts
Betul tu jangan hanya ada buku merah untuk melancong je buku merah yang ni pun sama pentingnya
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 01:31 PM | Show all posts
terima kasih kepada penderma darah budiman...saya salah sorang yang memerlukan...
teruskan usaha murni anda..hanya Allah mampu membalas jasa baik anda
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
lama x menderma darah.. nnt waktu lapang nak buat lah
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 01:41 PM | Show all posts
Good info...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah lama xderma darah..2 kali cubaan nk derma direject
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2018 02:13 PM | Show all posts
bagus keep it up
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 04:01 PM | Show all posts
Lama gila tak pergi derma darah. I selalu miss peluang bila ada buka event ni dekat kawasan uni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2018 04:01 PM | Show all posts
Ko ingat setakat derma sekali dah lepas ke.
Ko takde tanya dia bape kali dia derma baru dapat benefit tu.
Kene penuh rekod baru dapat, bkn jenis derma bermusim.

And it is good.
Aku pun derma jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 05:09 PM | Show all posts
kalau kita sakit & mmg tiap hari kena makan ubat (forever makan ubat) boleh derma jugak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 07:08 PM | Show all posts
abangadek replied at 2-2-2018 05:09 PM
kalau kita sakit & mmg tiap hari kena makan ubat (forever makan ubat) boleh derma jugak ke?

tak boleh rasanya.. tak pasti..
sebab aku pernah kena reject dengan nurse, sebab malam semalam makan ubat, tak ingat panadol ke ubat alahan..
akak nurse tu kata, tak boleh sebab nak badan free daripada sebarang ubat dalam tempoh tertentu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 07:10 PM | Show all posts
dulu aku pun penderma kerap.. asal bukak booth je memang terus aku hulur tangan, nanti dapat milo free

baru dalam 5-6 kali derma,
dah datang penyakit pulak.. sampai sekarang aku dah tak boleh menderma..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
I pun dulu nk derma darah time tu umur 18.... tpi kaka misi tu kata x payah la dik... sbb kita pempuan ni tiap bulan dah derma darah...

Aku pun apalagi.... laju je balik....  tah apa2 je kan....
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 08:13 PM | Show all posts
waaa.....dulu ada buat masa zaman study....ntah mana pergi bukunya now.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Buku merah jangan lupa bawa moga-moga belum tamat tempoh!
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke tunjuk buku derma boleh dapat fast lane kt klinik/hospital kerajaan??
Nak ke staff2 situ melayan. Takut kena gelak je hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2018 01:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku mmg selalu ingtkn laki aku. 3 bln skali gi derma darah.. Bagus bila kita dah tua. Kot waktu tu duit x cukup.. Boleh lah gi gomen and dapat benefit ni.. Aku pon dh lama x derma. Sbb stop dulu utk lregnant and bf anak. Bila dah settle semua urusan produce anak. Baru aku sambung balik hobi mendermaa kat pusat drh negara tu.. Rajin derma kat situ sbb dpt makan nasi lemak sodapp diaa tuhh
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2018 11:30 AM | Show all posts
JerryJemima replied at 2-2-2018 03:06 PM
Betul ke tunjuk buku derma boleh dapat fast lane kt klinik/hospital kerajaan??
Nak ke staff2 sit ...

fast lane tu takde la..tapi dapat keistimewaan macam ni:

KEKERAPAN MENDERMA                                        KEISTIMEWAAN RAWATAN
1 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan (tidak termasuk bayaran X-ray dan pembedahan) dan wad kelas dua untuk tempoh *4 bulan.
2 kali (dalan tempoh 12 bulan)
Percuma suntikan pencegahan Hepatitis B
2 ~ 5 kali
Percuma  rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh *4 bulan.
6 ~ 10 kali
Percuma rawatan pesakit luar selama *1 tahun dan rawatan perubatan kelas dua untuk tempoh *6 bulan.
11 ~ 15 kali
Percuma rawatan pesakit luar selama *2 tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh *1 tahun.
16 ~ 20 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh *2 tahun.
21 ~ 30 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh *3 tahun.
31 ~ 40 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh *4 tahun.
41 ~ 50 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh *6 tahun.
Lebih 50 kali (bagi penderma“Whole blood”) dan Lebih 150 kali (bagi penderma aferesis)
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun dan wad kelas dua seumur hidup selepas 10 tahun di wad kelas satu.

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2018 11:57 AM | Show all posts
EncikRhoma replied at 3-2-2018 11:30 AM
fast lane tu takde la..tapi dapat keistimewaan macam ni:

wah terbaik!

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2018 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau takde buku merah tu dia kena bayar rm878 je la kan.selebihnya dlm 16k subsidi kerajaan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.065795 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list