CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2879|Reply: 8

Kilauan Kapucino Bergemerlapan Buat Hati Melonjak Keriangan!

[Copy link]
Post time 14-2-2018 10:05 AM | Show all posts |Read mode
Bukan kopi saja yang berkocak, jiwa juga bergelora riang melihat serbuk gemerlapan berkilauan. Trend baru lagi? Ya, benar! Jom tengok di mana ada jual kapucino menarik ini.




Nampak mewah dan gah, kopi kilauan emas.




Minuman ini adalah ciptaan Coffee By Di Bella, rangkaian kedai kopi di Mumbai, India. Barangkali bukan konsep asli tetapi ia sudah menarik perhatian seluruh dunia. Apatah lagi kini tentu sekali dilihat bergaya bila kopi anda berkilauan di bawah lampu atau cahaya mentari. Oh, silau!




Pelbagai pilihan kilauan yang memukau pandangan




Ada juga sebuah kafe di Melbourne, Lichfield, United Kingdom yang menjual kopi dengan kilauan keemasan ini. Ini tentunya bukan serbuk berkilat yang digunakan untuk menghias barangan kraf, sebaliknya serbuk berkilat ini boleh dimakan (tapi jangan ambil terlalu banyak). Ia tidak berperisa tapi akan melekat di bibir. Kalau bibir wanita dihiasi serbuk ini tak mengapa. Tapi, kalau lelaki yang kelihatan begini nampak agak janggal pula, kan? Bukan itu saja, bila ke tandas najis yang keluar juga berkilau-kilauan. Euuww!





Beraneka rekaan terbaru khas buat peminum kopi
Foto: eatprayvote





Mudah saja nak buat. Taburkan serbuk kilauan (pastikan Halal dan boleh dimakan) di atas kopi atau teh panas. Selepas puas bergambar, minum sajalah.




Foto: Mail Online




Kopi berkilauan ini menjadi sensasi di laman sosial dan nampaknya semua gambar yang dilihat di IG tentang kopi ini membuat kita berasa seperti hendak mencubanya. Mungkin anda akan berasa teruja dan sayang nak minum kopi 'cantik' ini.  - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2018 10:31 AM | Show all posts
cantiknya.
nanti poo berkilat kilat
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2018 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ohh nice must try item nih
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2018 08:25 PM | Show all posts
iol suka kopi, tp ni tak nampak mnyelerakn
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2018 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Xmo laa...cam scary jah
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2018 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Benda makan serbuk kilat2 pastu melekat kat bibir,muka bagai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2018 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
biskutsusu replied at 14-2-2018 02:31 AM
cantiknya.
nanti poo berkilat kilat

amboi sistur.. menelek poo selepas membuang ke sistur?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
samasam90 replied at 18-2-2018 07:45 PM
amboi sistur.. menelek poo selepas membuang ke sistur?

Hahahahahha . Sesambil nak flush. Kot cantik, boleh ambik gambar buat kenang kenangan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2018 10:34 AM | Show all posts
mana nak dapat serbut tu, nak cuba kat rumah

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 366600 Replies : 3562
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 43905 Replies : 574
Rumah besar macam istana, Amira Othman anak orang kaya tapi tak suka menunjuk
RalineRumah besar macam istana, Amira Othman a
Views : 21544 Replies : 164
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58224 Replies : 1097
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 3421 Replies : 1
Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit tahunan
admin6Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit ta
Views : 39021 Replies : 87
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31606 Replies : 23
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 26803 Replies : 39
Memang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk macamni ke?
akido_kidoMemang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk m
Views : 11602 Replies : 4
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 35742 Replies : 25

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 09:54 PM GMT+8 , Processed in 0.293258 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list