CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2196|Reply: 10

Hanya 3 Langkah, Warga Selangor Boleh Lapor Jalan Berlubang Guna Waze Je

[Copy link]
Post time 23-2-2018 05:02 PM | Show all posts |Read mode
Tahukah anda, kini terdapat cara-cara pantas dan mudah untuk memberitahu pihak berkuasa tempatan berkenaan laluan yang berlubang dan bahaya?


Semua wajib tahu untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.


Sumber: suarapemredkalbar.com


Khas buat warga Selangor.


Kini masalah jalan berlubang dapat dilaporkan terus kepada pihak berkuasa tempatan di sekitar Selangor yang menyaksikan beberapa organisasi terlibat. Kesemua 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) terlibat bagi membendung masalah jalan berlubang. Mereka dijangka menutup lubang setelah laporan diterima dalam tempoh 5 hari. Antara PBT yang terlibat adalah:


1. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
2. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
3. Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS)
4. Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL)
5. Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS)
6. Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB)
7. Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
8. Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ)
9. Majlis Perbandaran Klang (MPK)
10. Majlis Perbandaran Selayang (MPS)
11. Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang)
12. Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)


Foto: Ghafar Nawi


Bagaimana mahu melaporkan?


Mudah sahaja. Anda perlukan sebuah telefon pintar dan applikasi Waze terpasang di dalamnya. Waze kini telah bekerjasama dengan keranaan negeri Selangor bagi bersama-sama mengatasi masalah jalan berlubang dengan inisiatif laporan terus dari para pengguna applikasi Waze.


Edward Ling, Pengurus Negara bagi Waze Malaysia berkata ia memudahkan para pengguna Waze selaku pemandu untuk memberi tahu lokasi masalah dengan lebih mudah dan cekap. "Lubang terbabit dapat ditampal secepat mungkin. Selepas laporan dibuat, PBT dijangka menampalnya dalam masa lima hari," katanya selepas ditanya berapa lama masa yang diperlukan untuk PBT menjalankan tugas selepas laporan dibuat.


Cara-caranya cukup mudah.


Jangan pening kepala kerana hanya 3 perkara yang anda perlu lakukan sekiranya terjumpa lubang diatas jalan raya.


Tekan butang report dan paparan diatas akan terpampang. Tekan butang hazard.


Pilih pada bahagian 'On road'


Pilih 'Pothole' dan tekan butang send

Selesai. Mudah sahaja kan? -CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2018 05:36 PM | Show all posts
kt selangor tempat aku tinggal tu laju jek pihak berkuasa buat kerja kalo jalan rosak..
compare kawasan Batu..cm tak nah selenggara...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2018 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
perjalanan dr klang sampai kuala slgor da mcm naik bot yg dilambung ombakk.. jahanam kete!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2018 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok nnt i try betul ke idak
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2018 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Guna waze utk info ada polis trafik aja {:smile
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2018 11:59 PM | Show all posts
@iloveselangor  tahniah.......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2018 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Jalan pekan di Sabak Bernam memang cantik...tahniah majlis

Katanya geng Brotherhood Cangkul kuat komplen ye.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2018 06:32 PM | Show all posts
nooriesz replied at 23-2-2018 07:42 PM
perjalanan dr klang sampai kuala slgor da mcm naik bot yg dilambung ombakk.. jahanam kete!!

Betul tu...kereta pon dah ada squeaking sound lalu jalan jahanam ni...klu wat aduan pon, ibarat cam tuang air di daun keladi...tolonglah ek, there is no such thing as they will repair asap. Kecuali klu ada kematian disebabkan perkara ni, baru mula tuding jari tp kerja ttp tak jalan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2018 10:05 AM | Show all posts
iloveselangor replied at 24-2-2018 12:45 AM
Jalan pekan di Sabak Bernam memang cantik...tahniah majlis

Katanya geng Brotherhood Cangkul kuat  ...

Jalan Sekinchan ke Pasir Panjang dah OK ke uols? Ingatkan Ahad ni nak berkubang kat sawah sana. Lalu sana last December agak hauk gak..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2018 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
tungkai replied at 26-2-2018 10:05 AM
Jalan Sekinchan ke Pasir Panjang dah OK ke uols? Ingatkan Ahad ni nak berkubang kat sawah sana. La ...

Lama tak lalu situ...i malas nak ke lembah klang sekarang ni sbb jalan tu.

I skang ni cikcur ke Lumut saja.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2018 03:22 PM | Show all posts
giyomi replied at 25-2-2018 06:32 PM
Betul tu...kereta pon dah ada squeaking sound lalu jalan jahanam ni...klu wat aduan pon, ibarat ca ...

tu la .. ritu ade mat motor jatuh kt area kapar sne sbb xperasan lubang...

klu dgar radio selangor fm tu.. ramai yg ckp jln dr klang smpi sabak tu teruk sgt.. xkn la majlis x take note..



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 12:59 AM GMT+8 , Processed in 0.047578 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list