Sebenarnya, paras kolesterol yang tinggi tidak menjadikan anda sakit. Itulah sebabnya ramai yang tak
sedar bahawa mereka mempunyai tahap kolesterol yang tinggi.
Hanya dengan ujian darah sahaja anda boleh kesan berapa tinggi tahap kolesterol dalam darah anda. Sebab itu, anda sangat disarankan untuk menjalani ujian darah sekurang-kurangnya 1 kali setahun. Jika anda berusia 40 tahun dan ke atas, sebaiknya 6 bulan sekali.
Sebenarnya, anda sendiri boleh juga mengenal pasti masalah kolesterol ini sekiranya berlaku salah satu tanda dibawah, termasuklah :
1) Kebas kaki
Kaki sering kebas adalah salah satu gejala tahap kolesterol tinggi. Ini terjadi kerana salur darah tersumbat dan menyebabkan aliran darah ke kaki tidak lancar.
2) Sakit dada
Apabila salur darah sudah tersumbat, jantung tidak akan dapat oksigen yang cukup dari darah.
Jadi, jantung terpaksa bekerja kuat untuk dapatkan bekalan oksigen yang mencukupi. Perkara
ini akan menyebabkan anda terasa sakit di bahagian dada.
3) Mengantuk
Paras kolesterol yang tinggi akan menyempitkan saluran darah dan seterusnya menyebabkan aliran darah yang membawa oksigen ke otak berkurang. Hal ini menyebabkan anda kerap rasa mengantuk.
4) Bintik putih kekuningan bawah mata
Bintik putih kekuningan pada kulit terutama di bahagian bawah mata juga dikenali sebagai Xanthoma.
Bintik ini terjadi disebabkan oleh penggumpalan lemak dan kolesterol yang tinggi dalam darah.
5) Letih
Badan anda memerlukan tenaga untuk melakukan pelbagai kerja. Dalam badan anda juga terdapat lemak
yang boleh berubah menjadi tenaga. Tetapi, sekiranya kolesterol tinggi dalam darah, ia mengakibatkan
bekalan oksigen tidak mencukupi untuk proses tersebut. Inilah yang menyebabkan anda terasa cepat
letih.
6) Sesak nafas
Sesak nafas boleh terjadi kepada orang yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Ini kerana paruparu
tidak dapat bekalan oksigen yang mencukupi akibat kolesterol tinggi yang menyebabkan salur darah menjadi sempit.
7) Badan tidak seimbang
Pesakit kolesterol tinggi juga boleh mengalami masalah keseimbangan badan. Ini berkait rapat dengan
masalah saluran darah yang tersumbat. Sekiranya terdapat salur darah di bahagian otak yang tersumbat akibat kolesterol tinggi, saraf yang berperanan mengawal keseimbangan badan akan mengalami gangguan.
Sekiranya anda mengalami salah satu tanda di atas, cepat-cepat pergi jumpa Doktor untuk check paras kolesterol dalam darah. Jangan pandang rendah dengan bahaya kolesterol tinggi ni, sebabnya 2 penyakit utama yang boleh membawa maut iaitu serangan jantung dan strok adalah bermula dengan kolesterol.
|