CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4296|Reply: 18

"Jangan Bina Bahagia Atas Tangisan Wanita Lain" - Pesan Wanita Ini Ten

[Copy link]
Post time 2-3-2018 12:07 PM | Show all posts |Read mode
Baru-baru ini, orang ramai kecoh membincangkan hal suami kepada pelakon Izreen Azminda yang menceraikan isteri pertamanya dan rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan lelaki itu yang hanya memberikan alasan remeh.



Kes perceraian tersebut meraih perhatian seorang wanita yang telah bergelar seorang janda selama tujuh tahun, Sazwani (@ImanQurrotuaini) telah berkongsi pendapatnya mengenai isu ini di akaun Twitter miliknya.











Menurut Sazwani, sepanjang bergelar janda, acap kali lelaki bergelar suami orang mencuba 'test market' untuk menjadikannya isteri kedua berbanding golongan lelaki bujang.


Tambahnya, antara faktor utama suami orang kerap mencari janda sebagai sasaran adalah kerana dia tidak akan kecewa sekiranya ditolak kerana masih mempunyai isteri di rumah.









Dalam masa sama Sazwani turut tidak bersetuju dengan stigma masyarakat yang menyifatkan wanita bergelar janda ini adalah seorang penggoda dan perampas suami orang. Ini kerana tidak semua janda bersifat sedemikian, bahkan ramai lagi janda yang lebih mementingkan maruah diri sebagai seorang wanita.









Baginya, sama ada lelaki atau wanita tidak perlu mengambil kesempatan atas nasib menimpa seorang janda dan membina kebahagian di atas tangisan wanita lain yang diceraikan kerana poligami.








Di penghujung threadnya, Sazwani mencadangkan jika mana-mana suami orang dan janda masih lagi hendak berkahwin mestilah memaklumkan terlebih dahulu kepada isteri pertama kerana sekiranya perkahwinan itu dilakukan secara sorok-sorok, ia pasti akan melukakan hati isteri pertama selain memburukkan keadaan.


Threadnya itu meraih pelbagai respon daripada netizen dan rata-rata bersetuju dengan pendapat Sazwani itu iaitu tidak perlu membina masjid dengan meruntuhkan masjid orang lain.




Foto: Twitter




Apa-apa pun, perkara ini sebenarnya terletak pada diri lelaki itu sendiri. Seharusnya sebagai lelaki, mereka perlu menjadi orang yang lebih bertanggungjawab dan meletakkan prioriti kepada keluarga berbanding diri sendiri. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2018 12:58 PM | Show all posts
nak kome satu je...lagu tu bukan lagu kak gee...tu lagu acik nora
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2018 02:03 PM | Show all posts
krustykrab replied at 2-3-2018 12:58 PM
nak kome satu je...lagu tu bukan lagu kak gee...tu lagu acik nora

tula..tang mana nya tah tetiba lagu k.gee..  tu lirik dendam dlm diam nyanyian nora..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2018 02:14 PM | Show all posts
makin ramai la yang posting humblebrag tak layan laki orang
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2018 02:46 PM | Show all posts
huargghh lapar la wei..tadi keluar opis lewat terus gi masjid, balik lauk dah abis hmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2018 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
perempuan salahkan perempuan. mcm la org ke tiga tu tak merana akibat laki org. dalam kes mcmni iols nk salahkan lelaki yg tak pernah bersyukur. kalau dia tu kuat iman dan dapat kawal nafsu dia takde lah sampai nk kawin lebih dr satu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2018 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa  nk heran....

Tv pun skrg dah promote jd perampas....kekasih paksa rela ...
Yg merampas bahgia gitu.....

So...ramai je nanti jd perampas....
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2018 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki org klu bini dpt tau ada mggatal nk skandal lg untung.....

Pastu wife akn pasang badan....klu dulu wife susah nk urut, sejak tau laki ada skandal, wife masuk kelas mngurut...semua jenis urutan & kemutan wife bljar sbb rasa bersalah....dulu laki skandal sbb tak jaga betul betul....

Hb di jaga dari hujung rambut sampai hujung kaki, takut pisang berbuah 2x

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2018 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
kau bina mahligai dari air mata...yang jatuh berderai....di wajah sepi ku...hancurnya hati ku....-Kump Lestari.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2018 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju dgn sazwani. Malangnye member i pulak tengah rapat dgn laki org. Sedia nak bermadu. Padahal dulu masa mak dia dimadukan kemain marah kat mak tiri.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2018 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
melinda_kerr replied at 2-3-2018 02:58 PM
perempuan salahkan perempuan. mcm la org ke tiga tu tak merana akibat laki org. dalam kes mcmni iols ...

lawan dengan pompuan mana pernah menang..
kalau nak tayang aurat pandai pulak suruh laki jaga mata jaga kelakuan..
ni napa tak suruh laki masing-masing jaga mata jaga kelakuan supaya tak pandang tak kacau pompuan lain..
asyik-asyik pompuan yang nak disalahkan..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2018 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Well kak oi.. Ko x payah nak blame pompuan lain psl poligami ni
Asalnya dlm Islam pun bleh berpoligami.  Apsal ko x salahkan Islam?  Ke ko takut kene panah petir?  Pegi la salahkan agama ko
Or kalo takmo dpt madu, ko kawen je dgn mualaf yg mmg sah2 takkan poligami sbb dia baru kenal Islam
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2018 12:25 PM | Show all posts
janda main twitter ke nyah? kalau rindukan seks dan nak lelaki bujang just say it...tapayah tweet pepanjang bercerita macam nak rak la mak hayam janda twitter nyah...tweet je yang kau sangap nak kena henjut dengan teruna dan offer nikah free...ada berani nyah? make sure body tak gemuk muka tak gerutu ye nyah...kalau dah gerutu anak dara pun tak laku nyah...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2018 05:40 PM | Show all posts
tweet tuk mesej pendekla makcik

nk pjg2, pi taip dlm forum, smpai 100 helai pn tkpe

menyesakkan database tweeter aja
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2018 12:57 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 3-3-2018 01:09 AM
lawan dengan pompuan mana pernah menang..
kalau nak tayang aurat pandai pulak suruh laki jaga mat ...

biasalah uols...cara senang nk lepaskan kesalahan diri akibat kebodohan diri sendiri. paling bodoh dah terang2 laki mmg tk guna tpi tetap harap laki tu berubah dan balik pd keluarga. i salute pd prempuan yg sanggup keluar dan berdiri atas kaki sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2018 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tengok video bini biniku gangster kt china tu pukul perampas sampai dibugil bugil kan.. geram pula sebab suami derang tu tak kena apa apa pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2018 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Hurm..harap akk ni xde niat yg xbaikla.. just nk share2 jer..
Bukn per jgn konfiden sgt citer konon xlayan laki org..sampi masa tiba2 Allah nk uji tersuka kt laki org..hah .tepksa teln ludah srndiri..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2018 03:15 PM | Show all posts
Akak tu maybe frust sebab sampai sekarang masih menjanda kot. Nk blame mulut makcik bawang tapi sebenarnya diri sendiri tu yang makcik bawang. Ramai isteri2 takut dengan janda nie sebab mungkin janda nie pernah merasa nikmat berjimak & hidup berpasangan. Tak mustahil nafsu ingin dijimak itu masih meluap2 selagi belum menopos.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2018 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam hal ni..laki pon salah jgk..tolong bini2 jgn salahkan 100%  kt pihak ke tiga..mgkin si laki jnis bagi janji baik bulan bintang buatkan si pihak ketiga terima and tergedik2..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54341 Replies : 19
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54404 Replies : 3
'Tak takut ke esok Allah hisab?', tukang landskap pula 'expose' perangai Che Ta (tapi kat media cakap kontraktor yang banyak tipu dia)
maklukpenggoda'Tak takut ke esok Allah hisab?'
Views : 24399 Replies : 73
Tengku Zafrul masuk PKR.Ahmad Zahid tak terima sebarang pemakluman keluar Umno
AbahmungTengku Zafrul masuk PKR.Ahmad Zahid tak
Views : 8991 Replies : 5
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 51978 Replies : 910
Ringgit lebih kukuh, inflasi kekal terkawal isyarat positif ekonomi Malaysia
AbahmungRinggit lebih kukuh, inflasi kekal terka
Views : 9321 Replies : 4
THE ORDER
SY_MumiTHE ORDER
Views : 505 Replies : 0
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 280058 Replies : 8207
The Fiery Priest Season 2 = 8 Nov 2024 -DisneyHotstar
ismahaThe Fiery Priest Season 2 = 8 Nov 2024 -
Views : 82214 Replies : 719
Nek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1 juta!
PrickfordNek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1
Views : 30484 Replies : 610

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 06:42 PM GMT+8 , Processed in 0.069080 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list