Lagu single Mambang yang dicipta oleh Altimet dikatakan dituju kepada Malique yang sudah lama tidak memunculkan diri dalam industri.
Namun dia menafikan dakwaan tersebut dengan mengatakan lirik lagu Mambang adalah mengenai kehidupan sendiri dan tidak dicipta untuk seseorang.
Foto: Carian Internet
“Tidak. Ia bukan berkenaan atau ditujukan kepada sesiapa dan perkara ini memang banyak yang bertanya dengan saya.
“Tahun lalu saya dapat idea menghasilkan lagu ini daripada seorang teman apabila dia kata perjalanan dunia seni saya sudah jauh berjalan.
“Lirik lagu itu sebenarnya mengenai diri saya yang dahulu dan saya ‘tembak’ (menyentuh) diri saya yang sekarang. Saya lawan dengan diri sendiri,” jelasnya kepada mStar Online.
Foto: IG Altimet
Dalam twitter dia juga ada menerangkan setiap lirik dalam lagu Mambang tersebut supaya semua memahami maksudnya.
“Mambang itu merujuk kepada diri saya yang lama dan pada tahap sekarang saya tak kisah jika masih ada yang tak percaya.
“Saya sendiri memang sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku sebelum melancarkan Mambang.
“Tetapi Alhamdulillah di sebalik itu Mambang mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat walaupun ia tidak banyak dimainkan di radio,” katanya lagi pada Mstar.
Foto: IG Altimet
Disebabkan isu ini, jumlah tontonan muzik videonya mencecah sehingga 500,000 dan secara tidak langsung trending di Youtube.
Altimet yang akan bersara pada November tahun ini sedang menyiapkan hasil karya terakhir yang berjudul ‘Air’.
“Kejayaan Amboi di AJL32 dan penerimaan memberangsangkan Mambang pada saat-saat saya mahu mengundurkan diri tidak membuatkan saya berbelah bahagi untuk menarik balik keputusan dibuat sebelum ini.
Foto: IG Altimet
“Insya-Allah saya akan lancarkan dua buah album sebelum bersara selain merancang untuk mengadakan konsert jelajah,” ujarnya.
Persaraannya nanti bukanlah bermakna dia tidak lagi mahu terlibat dalam bidang seni namun dia hanya akan bekerja belakang tabir sahaja.
Foto: IG Altimet
“Malah jika ada tawaran dalam bidang lakonan, teater atau apa-apa berkaitan saya tidak akan menolak cuma saya tidak menyanyi lagi.
“Alhamdulillah ada syarikat rakaman bertaraf antarabangsa menawarkan saya bekerja dengan mereka tetapi saya masih berfikir dengan tawaran itu,” katanya.
Murah rezeki Altimet dan diharapkan supaya mencipta lebih banyak lagu yang segar untuk didengar. Teruskan berkarya! - CARI
Post time 5-3-2018 02:34 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Mmg untuk malik. Lirik obvious sgt. Buat lagu tapi xde balls nak admit spin sana sini
9 tahun 3 album, lirik deep, suara dlm gua tapi takde atas stage sape lg kalu bukan malik?
Bole la tambah lirik dalam lagu kau pasni
"Buat lagu sindir tapi tak berani nak ngaku amboi amboi"
Post time 5-3-2018 03:02 PMFrom the mobile phone|Show all posts
oh jadi alasan dia, lagu ni berkisar pasal diri dia sendiri? ye la tuu.. terang2 perli someone else ler
MAMBANG BY ALTIMET
Aku Seru kau masuk balik gua mambang
Duduk Diam jangan qiam di dalam sarang
Tata Bahasa tinju kata dalam gelanggang
Kalau Berani jemput datang mari bertandang
Aku Tahu kau bukan calang calang mambang
Orang Lain basah seluar celah kangkang
Dulu Aku budak baru kau lepas pandang
Sekarang Aku lagi hantu dari kau mambang
Duduk Gua cuma dengar suara
Dulu Maharajalela di kuala
Yang Aku sangka emas rupanya hanya suasa
Kerenah Lama member nak layan
Pun Dah tak kuasa
Mari Aku lagukan ini
Kiraah Untuk engkau
Bakar Line ludah api studio ini jadi relau
Dulu Tunggang ombak langgar game ini macam todak
Sekarang Macam dah rosak
Kejap Bagi aku congak
9 Tahun 3 album
Bro Aku boleh kira
Dapat Satu tiap tiga yang pertamanya gila
Lepas Tu boleh la
Lepas Tu tak boleh belah
Apa Kes ulang lagu macam karaoke bbrah
Member Tanya mana pergi engkau punya sengat
Dulu Otak cair sekarang akan naik pekat
Ilham Kering writers block
Pena Kau kena sekat
Dulu Lawas now your **** like
Tak Cukup serat mambang
Aku Seru kau masuk balik gua mambang
Duduk Diam jangan qiam di dalam sarang
Tata Bahasa tinju kata dalam gelanggang
Kalau Berani jemput datang mari bertandang
Aku Tahu kau bukan calang calang mambang
Orang Lain basah seluar celah kangkang
Dulu Aku budak baru kau lepas pandang
Sekarang Aku lagi hantu dari kau mambang
betul ke lagu tu pasal diri dia sendiri?
kalau dah berani nak sindir2 through lagu.. mengaku jelaa untuk siapa bila orang tanya.
takyah nak baling batu sembunyik tangan... lagipun nak retired dah kan Nov nanti..
sikit punya lama jangkamasa.. org lain punya early retirement notice 3 bulan je.. ini almost a year...
malique tu sejenis cari pasal kacau org lain ke? asal mcm ade je tak puas hati rapper2 lain ni?
Post time 5-3-2018 04:29 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Victorioussss: Mmg untuk malik. Lirik obvious sgt. Buat lagu tapi xde balls nak admit spin sana sini9 tahun 3 album, lirik deep, suara dlm gua tapi takde atas stage ...
Aku pun rasa utk malique. Dia explain kt twitter psl semua lirik tu. Maknanya lagu dia ni blh jadi 2 makna. Senang nak cover bontot dia kan. Tapi yg buat aku yakin dia tulis psl Malique sbb dia tulis lagu Seru. Tu obvious gila kot
ala altimet..kalau betul pn lagu ni utk jeneral mambang xapa..tak siapa pn nak marah..tp kalau tuju kat jeneral jambang, mmg satu bangsa tu akan meroyan serata alam..