CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1693|Reply: 5

[Video] Berang Makanan Disaji Secara Kasar, Pelanggan Belasah Pelayan

[Copy link]
Post time 7-3-2018 03:13 PM | Show all posts |Read mode





Viral di media sosial semalam video pergaduhan sekumpulan lelaki di sebuah premis makanan di Taman Sentosa, Johor Bahru semalam sehingga menyebabkan pekerja dan pelanggan yang sedang menikmati makanan mereka ketakutan dan melarikan diri.

Lapor Harian Metro, pergaduhan yang berlaku pada jam 4.42 pagi itu kerana pelanggan terbabit tidak berpuas hati dengan layanan pelayan restoran yang didakwa tidak memuaskan, dan dalam masa yang sama pelanggan berkenaan didakwa mabuk.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, hasil siasatan mendapati pergaduhan itu berlaku kerana pelayan restoran itu menyajikan makanan di atas meja kepada pelanggannya secara kasar.

“Timbul salah faham ketika itu apabila pelayan restoran dikatakan meletakkan makanan secara kasar. Kejadian juga berlaku ketika pelanggan restoran dalam keadaan mabuk,” katanya.

Susulan kejadian itu, polis telah menahan lelaki berusia 30 tahun kerana disyaki terbabit dalam pergaduhan itu dan direman selama tiga hari sehingga Rabu untuk siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

“Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Pihak polis juga sedang mengesan beberapa lagi individu lain yang terlibat dalam kejadian itu untuk membantu siasatan.

Dalam video viral tersebut, pergaduhan bermula dari dalam premis apabila kedua-dua pihak mula membaling barang seperti kerusi dan periuk ke arah masing-masing sebelum mencabar sesama diri untuk bertumbuk.






Salah seorang pelanggan yang memakai baju putih kemudian mengambil helmet dan cuba membalingnya ke dalam premis tersebut sebelum dihalang beberapa rakannya.

Keadaan bertambah buruk apabila salah seorang dari pekerja premis berkenaan cedera dan mengalami pendarahan di kepala ketika cuba meleraikan kejadian itu.

Bagaimanapun keadaan kembali tegang apabila pelayan dan pelanggan berkenaan enggan beralah lalu mengheret pergaduhan itu di belakang kedai dan sekali lagi kerusi dibaling dan kedua-dua pihak bertumbuk.




Sumber: The Reporter

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2018 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Acara TAIK CICAK bergusti
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 04:10 PM | Show all posts
lantak kannn. mabuk kan
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 05:53 PM | Show all posts
Sorang mabuk sorang kurang sopan memang akan mudah mencetuskan pergaduhan
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2018 03:03 PM | Show all posts
tp kdg2 mmg ade pelayan yg jnis kuang ajar..ltk mkanan hentak2 mcm org mkn free plk
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 12:00 PM | Show all posts
hihi hari tu ada la makan dekat satu cafe ni. awal2 tu waitress dia ok je, pastu tetiba waktu serve makanan tu dia campak je pinggan tu depan kitorg. aku agak dia bengang kot tgk aku dgn cik abang khusyuk main game dekat tepon
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 03:57 PM GMT+8 , Processed in 0.068083 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list