View: 4897|Reply: 11
|
Lain Daerah Lain Gayanya. Ini 10 Jenis Sate Indonesia Wajib Rasa
[Copy link]
|
|
Kalau di Malaysia sate dibahagikan mengikut jenis daging sama ada sate ayam, daging, kambing, rusa, arnab, perut dan lain-lain lagi. Kuahnya pula adalah kuah kacang. Selain perapan sate yang menyebabkan ia enak kuah kacang juga memainkan peranan dalam menambahkan lagi kelazatannya.
Tetapi berlainan pula di negara seberang iaitu Indonesia di mana satenya dibahagikan mengikut daerah. Dan kuahnya juga berbeza bukan hanya menggunakan kuah kacang seperti di Malaysia.
Apa yang uniknya setiap sate ini mempunyai rasa yang berlainan serta kuahnya yang mungkin luar biasa jika kita lihat. Tetapi dari segi keenakannya hanya yang pernah merasa sahaja tahu.
Jadi kali ini kami ingin berkongsi sepuluh jenis sate yang ada mengikut daerah di Indonesia seperti yang dimuat naik oleh laman sesawang Kaki Sini.
1. Sate Madura
Foto - Resep Koki
Berasal dari daerah Madura sate ini biasanya menggunakan daging ayam dan kadang-kadang daging kambing. Ia tidak jauh bezanya dengan sate Malaysia kuahnya dibuat daripada kisaran kacang halus bersama bawang merah.
Tetapi jika menggunakan kambing kuahnya adalah kuah kicap manis yang dimakan bersama hirisan cili. Potongan daging sate ini juga lebih kecil.
2. Sate Padang
Foto - Keep Recipe
Sate ini biasa kita dengar bukan. Ia menggunakan daging lembu atau di sana dipanggil Sapi serta organ dalaman haiwan berkenaan seperti lidah, usus, jantung dan tetel.
Kuah sate ini berwarna kuning dan diperbuat daripada rebusan air daging menyebabkan kuahnya seakan-akan kuah soto. Apa yang menarik sate ini dihidangkan atas daun pisang dan ditaburkan bawang goreng atasnya.
3. Sate Ponorogo
Foto - Sate Ponorogo Blogspot
Sate ini berasal daripada Kota Ponorogo Jawa Timur. Saiznya berbeza dari segi potongan daging dan ia dipotong berbentuk memanjang tanpa kulit dan lemak. Itu menjadikannya lebih mudah dikunyah kerana lembut.
Sebelum dibakar daging akan diperap dalam rendaman kicap manis supaya bahannya meresap ke dalam daging.
4. Sate Tegal / Sate Batibul / Sate Balibul
Foto - cnsteem.com
Banyak sungguh namanya bukan. Sate ini berasal dari Tegal, Jawa Tengah dan diperbuat daripada sate kambing muda yang berusia tidak lebih dari lima bulan.
Dihidangkan bersama sambil kicap manis, cili padi, bawang merah dan tomato. Uniknya sate ini tidak diperap dengan bahan rempah seperti sate lain.
5. Sate Ambal
Foto - Anak Jajan
Berasal dari sebuah lokasi yang dipanggil Ambal di Daerah Kabumen. Sebelum dibakar daging ayam akan diperap dengan kicap manis, bawang merah, ketumbar, kunyit dan beberapa rempah lagi.
Kuahnya berbeza kerana tidak menggunakan kacang ia menggunakan tempe dan gula merah menyebabkan rasanya lebih manis.
6. Sate Blora
Foto - Travelerien.com
Sate ini berasal dari daerah Blora, Jawa Tengah. Sate ini menggunakan daging ayam kampung kerana dikatakan isinya lebih lembut. Kuahnya pula seakan-akan kuah lontong bersantan dan kuah kacang.
7. Sate Banjar
Foto - Indonesia Feed
Sate ini berasal dari daerah Banjarmasin di mana resepi kuah satenya berbeza kerana ia menggunakan sos tomata dan kicap manis.
8. Sate Buntel
Berasal dari Kota Solo atau Surakarta, Jawa Tengah, sate ini merupakan sate istimewa di tempat ini. Kebiasaannya ia menggunakan daging lembu atau kambing. Sate ini kelihatan sama dengan daging kebab orang arab kerana isinya lebih tebal dari sate lain.
9. Sate Lilit
Foto - Tastemade
Sate ini mudah didapati di Bali tetapi awas jika mahu makannya kena tahu dahulu daging apa yang digunakan kerana kebanyakkan masyarakat di Bali beragama hindu mereka menggunakan daging babi. Tetapi ada juga menggunakan daging ayam, lembu, ikan, udang malah kura-kura.
Uniknya mereka menggunakan serai untuk membuat sate ini di mana ia dililit pada serai dan dimakan bersama kuah lada atau sambal kicap.
10. Sate Maranggi
Sate ini banyak ditemui di Purwakarta, Cianjur dan Bandung, Jawa Barat. Ia biasa dimakan dengan ansi putih dan sambal kicap yang dicampur hirisan tomato, bawang dan cili.
Jadi kalau anda ke Indonesia jangan lupa cari dan rasa pelbagai jenis sate yang ada ini. Kerana rasa dan teskturnya pasti berlainan. Selamat mencuba. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dh nama sate, semua sedap. Provided, marinate sauce dia sedap. |
|
|
|
|
|
|
|
Sate minang tu iols suka
Tapi acik ni dh xde jual.plak..isk.... |
|
|
|
|
|
|
|
they also have satay biawak, babi, ular sawa, tikus..eksotik. |
|
|
|
|
|
|
|
sate padang tu sbulan skali beli..hahaha
menarik la sate2 diorg #claim |
|
|
|
|
|
|
|
sate padang setakat ni yang rasa sedap, padu dan 100% sama mcm d indon.. ialah d batang kali.. mmg sedap la.. kalau terasa nak makan, gigih p walau jauh.. tadak siapa boleh tanding pakcik tu pny sate.. |
|
|
|
|
|
|
|
kat Kl or selangor ni tau tak sate madura yg sedap area mana? |
|
|
|
|
|
|
|
sedapnye sate.mkn hari2 pon xjemu |
|
|
|
|
|
|
|
dh try sate padang. xleh nk g la kuah die. mgkin sbb xbiase kot. huhu |
|
|
|
|
|
|
|
semua dia makan dengan kicap |
|
|
|
|
|
|
| |
|