CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1587|Reply: 8

Guru Lunyai Dibelasah Hanya Kerana Pelajar Benci Sekolah

[Copy link]
Post time 27-3-2018 11:52 AM | Show all posts |Read mode
Seorang remaja lelaki yang membelasah bekas gurunya hingga parah dipenjara lima tahun.


Memetik METRO, akibat serangan itu, Christian Dawson, 40, cedera parah pada wajahnya hingga tidak dikenali anak sendiri.








Menurut laporan, rasa benci yang meluap-luap terhadap sekolah lamanya di Sirius Academy West di Hull mendorong Yob Mikoliunas, 18, untuk menyerang bekas gurunya itu pada 18 Mac tahun lalu.








Serangan itu menyebabkan Christian mengalami kecederaan di kepala dan buta seketika sebelum bantuan tiba.


Berikutan itu, doktor terpaksa 'membetulkan semula' wajahnya dan mangsa ditahan di hospital selama seminggu.


Menurut pendakwa Julia Baggs, kesan daripada kecederaannya itu menyebabkan Christian kini tidak dapat merasakan apa-apa pada sebahagian wajahnya.







"Dia berkata, dia tidak boleh tersenyum akibat kecederaannya.

"Katanya, apabila anaknya, Audrey, 5, bertanya 'Kenapa saya tidak tersenyum apabila merasa gembira' dia terpaksa menjawab 'Ayah senyum dengan menggunakan mata'," jelas Julia.


Guru mata pelajaran Muzik dan Matematik itu menderita kesakitan apabila hidungnya patah dan tulang pipinya hancur. Selain itu, soket mata serta tulang rahangnya perlu dibetulkan semula.


Yob yang berusia 17 tahun ketika serangan itu disabitkan kesalahan menyerang dengan niat mencederakan.




Foto: METRO




Dia memiliki kesalahan lampau iaitu mencuri alkohol serta merompak sebuah kafe menyebabkan kerugian 32,000 British Pound (RM176,600) akibat kerosakan harta benda. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2018 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik2 sini kata if buang budak gini dari sekolah ia tak menyelesaikan masalah malahan masa depan budak tu akan gelap, kesian dia. Walaupun budak tu mungkin pembuli tegar di sekolah belasah anak orang sampai berdarah2.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 03:11 PM | Show all posts
msti ade kisah gelap ngan cikgu tu..
nape cikgu tu yg kene..jeng..jeng..jeng..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 05:02 PM | Show all posts
kendo gak si yob ni...takder ker yg terasa ovari nak letup
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni kalau budak ni datang malaysia harus laku macam the gorpis
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 09:26 PM | Show all posts
zaman aku sekolah menengah, ada kes cmni, pelajar form 5 bertumbuk ngn guru lelaki

tapi guru tu ada black belt, dapatla elak, pastu lock tgn dia, terus hempas kt lantai

punca?, takle terima teguran cikgu.

pelajar tu panas baran.

oleh itu, cikgu2 skrg patut belajar seni pertahankan diri..atau dibekalkan taser gun..

harap pihak KPM anta cikgu2 ni belajr

silat,silambam ke apa smpai abis, baru leh jadi cikgu

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2018 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
giyomi replied at 27-3-2018 05:02 PM
kendo gak si yob ni...takder ker yg terasa ovari nak letup

Tak payah nak letop... sah2 heols dalam penjara nnt bakalan diliwat... silap2 dh keluar nnt terus jd gay
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2018 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ganasssnya heols... Ni time ngeseks mesti brutal..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2018 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 27-3-2018 09:26 PM
zaman aku sekolah menengah, ada kes cmni, pelajar form 5 bertumbuk ngn guru lelaki

tapi guru tu a ...

haha make sense...setakat pandai silat pulut jgn berani jd cikgu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.047461 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list