CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3808|Reply: 24

Pakcik Pernah Dapat Bantuan Kan? Maaflah, Masjid Hanya Beri Sekali Saja..

[Copy link]
Post time 9-4-2018 12:42 PM | Show all posts |Read mode

Sampainya Hati Ibu Tinggalkan Anak-Anak Comel Ni.


Lautan mana yang tidak bergelora dan bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Begitu juga dalam sebuah perkahwinan.
Dalam menjalani kehidupan sebagai suami isteri, kadang kala akan ada masalah yang boleh menyebabkan salah faham dan pertengkaran dalam pelbagai hal. Jadi, kalau setakat bertengkar dan bergaduh itu adalah perkara biasa antara suami dan isteri dan selepas itu akan berdamai semula. Itulah yang dikatakan asam garam dalam rumah tangga.

Bagaimana pun, cerita yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook ini sangat menyentuh hati apabila seorang ibu dikatakan lari meninggalkan anak-anak yang masih kecil kepada suaminya. Aminudin Ghazali menulis kisah keluarga malang ini agar nasib mereka berubah dan mendapat perhatian serta bantuan daripada netizen dan pihak bertanggung jawab.

Netizen Kecam Si Ibu Yang Tinggalkan Anak-Anak Comel Ini.






Kesian...Keadaan bilik kecil dan daif yang didiami oleh empat beranak ini.






Siapa yang tidak kesian melihat anak-anak yang masih kecil dan memerlukan kasih sayang seorang ibu terpaksa berdikari untuk meneruskan hidup. Ramai netizen yang membaca kisah dan melihat gambar-gambar mereka melahirkan rasa sedih dan kesian.





Netizen juga turut membuat pelbagai andaian tentang keluarga ini dan tentang ibu yang lari meninggalkan anak-anak seramai 3 orang itu. Ramai netizen yang kata anak-anak tersebut sangat comel dan mengikut wajah ibunya. Malah mungkin juga si ayah berkahwin dengan wanita muda.




Setelah cerita ini tular dan ramai netizen yang mengecam kerana dikatakan tiada tindakan daripada pihak bertanggung jawab, wakil daripada Baitulmal MAIWP tampil untuk membetulkan keadaan. Sebenarnya keluarga ini sudah mendapat bantuan zakat cuma mungkin ia tidak mencukupi akibat kos sara hidup yang semakin meningkat.





Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga kalian yang sudah berumah tangga dapat menjadikan iktibar dan berfikir panjang sebelum melakukan apa-apa tindakan. Kesan buruknya kepada anak-anak yang perlu membesar dalam keadaan kekurangan. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2018 12:54 PM | Show all posts
ada bantuan tu..harap pakcik ni tak guna duit tu kelain
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2018 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduh siannya..Bru 7 tahun dah jaga adik2..adoiiiii..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2018 01:10 PM | Show all posts
mak lari setahun lalu, yg baby 2 bulan tu anak dr mak mana plak?
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2018 01:14 PM | Show all posts
setahun dua bulan kan umur baby tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2018 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
maknya org indon ke... biasa kalo lari2 ni pati.. nak pulak kawen dgn org tua
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-4-2018 01:23 PM | Show all posts
fandi, andika..nama mcm leluhur seberang jahh... stay plak kat segambut..mmg area geng2 tu jerr
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2018 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Yindon ramai kawen orang macam ni. Habis duit pencen atau whatever harta dia kebas, dia move on to the next one. Tak kesian untuk potcit tapi sedih dan kesian untuk anak2
Had yang ni Noh Omar takmo bagi flat PPR? Nak pru nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2018 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Koi tak heran mak lari .. Mgkn dah hidup susah dpt offer upgrade jadi senang cabut la.... Yg koi marah knp masjid tak boleh tolong org susah mcm nh... Sbb dah pernah dpt bantuan sekali so tak boleh dapat lagi ke? So kalau koi pernah derma sekali kt masjid tu lain kali koi tak yah derma lagi boleh tak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2018 01:41 PM | Show all posts
idakamaruddin replied at 9-4-2018 01:10 PM
mak lari setahun lalu, yg baby 2 bulan tu anak dr mak mana plak?

setahun 2 bulan..kalo umur 2 bulan takder la boleh berdiri cmtu
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2018 01:44 PM | Show all posts
palmolive replied at 9-4-2018 01:41 PM
setahun 2 bulan..kalo umur 2 bulan takder la boleh berdiri cmtu

hahah mcm terbaca dua bulan


Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2018 01:46 PM | Show all posts
idakamaruddin replied at 9-4-2018 01:44 PM
hahah mcm terbaca dua bulan

anak dia comel
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2018 02:03 PM | Show all posts
aku husnuzon...mungkin mak budak2 tu lari takut bertambah lg bilangan anak tu sedangkan si suami dh xmampu nk tanggung. sementara 3 ni dia cabut dulu sblm jadi 8 mcm akak yg angkut anak2 naik motor tempoh hari
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2018 02:04 PM | Show all posts


aah kenapa aku pun terbaca anak dia bulan..

bila tgk gambar dah bole besar dan boleh bediri pun anak nya

dah kena scroll atas balik baca bebetul..

rupanya setahun dua bulan...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2018 02:08 PM | Show all posts
bila mak tinggal anak semua pakat kecam..
tu ha berlambak bini ditinggalkan tanpa nafkah..
boleh je hidup elok urus anak bersekolah..
bila laki kena tinggal terus terabai anak tak sekolah tak mampu jaga tak mampu tanggung..
kalau anak dah tiga tapi tak nak tingkatkan ekonomi keluarga, selayaknya la kena tinggal..
bantuan duit dengan duit rumah dah dibagi pun masih hidup macam tu..
nak baitulmal and zakat bagi sebulan rm3000 ke baru anak dapat sekolah hidup elok-elok?
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2018 02:22 PM | Show all posts
gigih pakcik ni megeseks sampai dapat anak 3

nak beranak ramai tengok economy ok pakcik

lepas ni kalau kawin baru kotel tu jangan gatal sangat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2018 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap kasih ibu dibawa kesyurga tak terpakai kat mak mcm ni

Ntah2 lari tnggalkn laki dgn anak2, pergi enjoice dgn boypren
Nasib lelaki ni perangai mulia, nk jg anak2 dia..
{rz
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2018 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
malas la nak komen...
hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2018 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 9-4-2018 02:08 PM
bila mak tinggal anak semua pakat kecam..
tu ha berlambak bini ditinggalkan tanpa nafkah..
boleh j ...

Sunggoh.. ni aku nk mmbawang ni..
Ibu tunggal ank 10 pn masih blh bela ank2... hat laki tinggai p mnikah ngn ppuan lain..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2018 08:31 AM | Show all posts
siannya budak2 tu...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:56 PM GMT+8 , Processed in 1.221894 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list