|
Seorang ibu tergamak menjual anak perempuannya berusia setahun kerana mahu membeli alat solek.
Shanghaiist melaporkan, kejadian berlaku di Henan, ibu kota Zhengzhou.
Sebelum itu, pada 20 Mei, wanita dikenali sebagai Yu masuk ke balai polis untuk melaporkan kehilangan anaknya.
Menurutnya, dia tiba di bandar berkenaan dari wilayah Yunan untuk bersiar-siar, namun kemudian 'kehilangan' anaknya, Huahua di dalam stesen kereta api.
Bagaimanapun, selepas menjalankan siasatan, polis mendapati kanak-kanak malang itu sudah dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia.
Suspek kemudian mengaku menjual anaknya pada harga 50,000 yuan (RM31,307) sebaik tiba di Zhengzhou sebelum menggunakan wang berkenaan untuk membeli-belah dan menghabiskan 6,000 yuan (RM3,756) untuk membeli barangan kosmetik.
Foto: Shanghaiist
Pada 23 Mei, polis berjaya menjejaki kanak-kanak itu dan mengembalikannya kepada bapanya, manakala dua suspek disyaki terbabit melakukan pemerdagangan kanak-kanak ditahan. - CARI |
|