"Ya, notis telah diberikan kepada Rosmah dan beliau perlu hadir pada esok
bagi melengkapkan siasatan berhubung kes ini (SRC International Sdn Bhd.)."
Foto: Reuters
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata demikian ketika mengulas berhubung isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang perlu hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada jam 11 pagi, esok, lapor BERNAMA.
Jelasnya, keterangan Rosmah berhubung perkara itu akan dirakam SPRM.
Foto: BH Online
SRC International merupakan anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.
Menurut laporan media pada 26 Januari 2016, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan bahawa tiada sebarang kesalahan jenayah dilakukan Najib berkaitan kes membabitkan dana RM2.6 bilion dan SRC International. - CARI |