“Kami terlepas satu peluang untuk meyakinkan kami semua
mengenai hakikat sebenar tentang situasi tersebut."
Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata demikian kepada South China Morning Post seperti dipetik Astro AWANI ketika mengulas menganai kejatuhan parti keramat Melayu, UMNO.
Foto: FB KJ
Ketua Pemuda UMNO itu mengakui, isu Datuk Seri Najib Razak yang terpalit dengan skandal 1MDB antara faktor utama parti berkenaan tumbang.
Katanya, barisan kepimpinan tertinggi gagal menegur dan menuntut penjelasan daripada Presidennya yang juga bekas Perdana Menteri berhubung skandal berkenaan hingga menjerumus kepada kejatuhan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Foto: ISMAWeb
Dedahnya lagi, tindakan Najib memecat menteri yang secara terbuka menentangnya berhubung skandal 1MDB pada 2015 sepatutnya membuka mata parti untuk mengambil tindakan sepatutnya terhadap bekas menteri kewangan itu. - CARI |