Setiap tahun, stesen televisyen di negara kita tidak sunyi menyiarkan pelbagai iklan Hari Raya yang menarik, menghiburkan dan menyentuh hati . Antara iklan yang sentiasa menarik perhatian penonton setiap tahun ialah iklan Hari Raya daripada Petronas. Walau bagaimanapun, pada tahun ini ia dilihat sedikit hambar dan kurang mendapat pujian daripada netizen.
Netizen berpendapat, iklan yang dibuat seperti tidak begitu realistik dan tidak selari dengan zaman sekarang. Kisah yang disampaikan juga seakan sama setiap tahun dan membuatkan netizen berasa jemu.
Ramai netizen yang membandingkan iklan Hari Raya Petronas dengan iklan Hari Raya daripada TNB. Rata-rata memuji dan terhibur dengan kisah yang disampaikan dan dilihat lain daripada yang lain.
Walaupun ramai yang memberi respon yang negatif kepada iklan Hari Raya Petronas,namun ia tetap mendapat pujian daripada sesetengah netizen. Mereka mengucapkan tahniah dan syabas kepada Petronas kerana berjaya menghasilkan iklan yang terbaik setiap tahun. Netizen tetap rasa terhibur dan tersentuh dengan mesej yang cuba disampaikan.
Apa-apa pun, iklan Hari Raya wajib kena ada, barulah terasa kemeriahan untuk menyambut Aidilfitri. Betul tak? - CARI
Post time 7-6-2018 05:30 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Iklan raya yang paling aku ingat sampai sekarang, kisah adik beradik beli lembu sekor untuk mak. Siap bawak balik naik sampan lagi. Mmg terhibur. Suka dalam duka.
dah lama sgt x tgk tv
xtau ape yg berlaku iklan2 yg menarik dsb
nanti mlm raya mungkin layan tv 1 mlm dgn world cup skali
tgk ramai2 dgn anak sedara seronok sket
Yup, iklan Petronas agak kureng tahun ni. TNB is the new powerhouse bab iklan raya kat Malaysia sekarang. Dah 3 tahun yach, iklan best. Good job
Tapi iklan raya TNB 2001 pon quite memorable. Tertipu den masa 1st time tengok dulu