“Alhamdulillah, ini hadiah istimewa untuk Syawal kali ini dan hari lahir saya. Bolehlah saya beli baju raya dan kelengkapan raya.”
Memetik laporan Sinar Harian, demikian luahan kesyukuran suri rumah berumur 27 tahun setelah dimaklumkan memenangi wang tunai RM500 dalam peraduan Hari-Hari Raya anjuran Sinar Harian.
“Saya tak sangka dan tak fikir akan menang. Tapi bila ada pihak Sinar Harian hubungi beritahu saya menang, saya terkejut."
Nur Farah Nisha Sapri berkata kemenangan itu di luar jangkaannya kerana mengambil bahagian hanya sekadar mencuba nasib.
"Saya berharap Sinar Harian boleh menganjurkan lagi peraduan seperti ini terutama di musim-musim perayaan."
"Kalau rezeki pembaca, menang peraduan sikit sebanyak dapat bantu ringankan beban kami."
Tambahnya, seisi keluarganya telah menjadi pembaca setia akhbar Sinar Harian sejak dulu lagi dan kini turut mengikuti di Facebook serta laman web.- CARI